Anak lelaki jutawan UK peluk Islam, tak sangka ini reaksi ayahnya buat ramai rasa kagum

Anak lelaki jutawan UK peluk Islam, tak sangka ini reaksi ayahnya buat ramai rasa kagum

Anak lelaki jutawan UK peluk Islam, tak sangka ini reaksi ayahnya buat ramai rasa kagum. Anak lelaki jutawan terkaya di United Kingdom (UK), Alfie Best Jr. mendedahkan bahawa bapanya menyangka dirinya akan menjadi ‘seorang kejam’ selepas memeluk Islam.

Memetik Daily Star, Alfie Best Jr. anak kepada jutawan UK Alfie Best Sr. mendedahkan bahawa beliau telah memeluk Islam pada September tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu terjadi selepas beliau pergi ke Cornwall untuk makan tengah hari di sebuah hotel lima bintang bersama rakan-rakannya.

Salah seorang rakannya yang berkulit putih kemudian memberitahu kumpulan itu bahawa dia terpaksa pulang awal ke London kerana ibunya mahu mengucapkan syahadah.

Anak lelaki jutawan UK peluk Islam, tak sangka ini reaksi ayahnya buat ramai rasa kagum

“Kami pergi untuk makan. Kemudian saya diberi pilihan untuk menunggu di luar atau turut sertai masuk ke masjid. Rakan saya menangis ketika dia melihat ibunya mengucapkan syahadahnya,” kata Alfie kepada The Sun.
“Saya merasakan sesuatu yang saya tidak pernah alami sebelum ini di mana-mana tempat keagamaan. Sebagai seorang gipsi, saya telah berada di banyak gereja dan saya percaya kepada Tuhan.
“Ia membuatkan seluruh badan saya menggigil, seperti ia juga untuk saya. Ada satu perasaan yang datang menyelubungi saya. Ia sangat pelik, tetapi saya merasakan bahawa ia juga untuk saya,” tambah Alfie lagi.

Pada awalnya, Alfie mengakui bahawa dia bimbang apa yang ayahnya dengan kekayaan 1.2 bilion pound sterling itu akan fikirkan.

“Saya fikir ayah saya akan melihat saya seperti seorang yang melulu. Saya biarkan masa yang menentukan dan kemudian bertanya kepadanya ‘Adakah anda fikir saya telah menjadi seorang yang lebih baik ayah?’” tanya Alfie kepada ayahnya.

Ayah menerima perubahan itu dengan baik

“Dia berkata, ‘Tidak, kerana anda bukan orang jahat tetapi ia telah meningkatkan anda sebagai seseorang’, ia merupakan cara yang cantik dan bijak untuk menjelaskannya,” kata Alfie.

Namun begitu, ayahnya juga berkata, “Saya pasti dalam menjadi seorang Muslim dia akan menghadapi cabaran. Tetapi disebabkan latar belakangnya, saya tahu dia mempunyai kekuatan untuk menanganinya,”

Alfie merupakan seorang peninju profesional dan pernah mencatatkan dua kemenangan untuk dua perlawanan. Alfie juga memilik perniagaan berkaitan dengan jam tangan.

Sebelum ini dia pernah terlibat dalam penjualan tiket ke pesta hiburan yang memabukkan dan perlawanan tinju. Namun kini dia tidak lagi minum alkohol dan mempromosikannya.

Selain itu, dia juga tidak lagi dibenarkan memakai aksesori emas kerana ia dilarang oleh Islam.

Walaupun banyak perubahan baharu dalam hidupnya, dia berkata bahawa kini dia jauh lebih tenang dari sebelumnya.

“Saya masih hidup dan keluarga saya sihat, kami mempunyai makanan di atas meja untuk dimakan setiap hari. Segala-galanya kelihatan lebih baik selepas saya menjalani kehidupan seperti ini, dan ini adalah satu rahmat,” kata Alfie.

Baca Lagi:
Sepasang suami isteri dihukum penjara selama 12,640 tahun
Lelaki jadi jutawan sekelip mata, jumpa duit syiling berusia 7 abad semasa menuai padi, tak sangka bernilai RM3.63 juta
Ramai anggap golongan M40 orang kaya, rupanya ini senarai bantuan kerajaan untuk M40 yang ramai tak tahu
CATEGORIES