Sepasang suami isteri dihukum penjara selama 12,640 tahun

Sepasang suami isteri dihukum penjara selama 12,640 tahun

Sepasang suami isteri dihukum penjara selama 12,640 tahun. Mahkamah Thailand di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 12,640 tahun kepada suami isteri selepas bersalah menipu jutaan dolar membabitkan lebih 2,000 mangsa dalam skim Ponzi.

Bagaimanapun, Mahkamah Jenayah Thailand menukar tempoh hukuman mereka kepada 5,056 tahun kerana Wantanee Tippaveth dan suaminya, Methi Chinpha, mengaku melakukan jenayah pada 2019 itu.

The Bangkok Post melaporkan, kedua-dua mereka bagaimanapun dijangka berada di dalam penjara selama dua dekad kerana undang-undang kerajaan yang mengehadkan jumlah penjara mereka kepada 20 tahun setiap seorang.

Sepasang suami isteri dihukum penjara selama 12,640 tahun

Semasa perbicaraan, mahkamah mendengar pasangan itu, bersama tujuh individu lain, menjemput orang ramai melalui Facebook antara Mac hingga Oktober 2019, untuk melabur dalam skim simpanan yang didakwa menawarkan pulangan 93 peratus.

Untuk meyakinkan orang ramai, Wantanee kerap menyiarkan video dalam talian mengenai barang kemasnya konon miliknya.

Polis berkata, ia adalah taktik menggambarkan gaya hidupnya yang mewah bagi membantu menarik minat mangsa untuk melabur dalam skim berkenaan.

Katanya, beberapa mangsa melaburkan seluruh simpanan dan rumah mereka, malah ada yang dilaporkan cuba membunuh diri selepas kehilangan harta benda.

Pendakwa raya berkata, sembilan tertuduh dalam kes itu tidak melabur wang yang diamanahkan kepada mereka.

Sebaliknya, dana itu dibahagikan antara mereka.

Pendakwa raya mendakwa kesemua sembilan individu berhubung kes itu dengan pelbagai tuduhan penipuan, namun hanya Wantanee dan Methi didapati bersalah, manakala yang lain dibebaskan kerana kekurangan bukti.

Baca Lagi:
Penganjur konsert Blackpink kena saman dengan peguam Malaysia RM1 juta
Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya
Anak demam tak dapat masuk asrama, cikgu mesej minta MC, sekali terkejut dapat tahu ibu pelajar sedang korek tabung nak bawa anak ke klinik
CATEGORIES