Ramai anggap golongan M40 orang kaya, rupanya ini senarai bantuan kerajaan untuk M40 yang ramai tak tahu

Ramai anggap golongan M40 orang kaya, rupanya ini senarai bantuan kerajaan untuk M40 yang ramai tak tahu

Ramai anggap golongan M40 orang kaya, rupanya ini senarai bantuan kerajaan untuk M40 yang ramai tak tahu. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tidak mudah bagi seseorang untuk menampung kehidupan harian mereka, terutama bagi mereka yang berkeluarga dan berpendapatan rendah.

Bukan ingin merungut, jauh sekali tidak bersyukur dengan apa yang diberi, namun dalam keadaan sekarang, ada antara kita yang diberhentikan kerja sedangkan merekalah yang menanggung pembiayaan keluarga, ansuran rumah dan kereta.

Selain B40, M40 juga berhadapan cabaran getir. Ternyata impak ekonomi kini tidak mengira latar belakang pendidikan atau kerjaya.

Ramai anggap golongan M40 orang kaya, rupanya ini senarai bantuan kerajaan untuk M40 yang ramai tak tahu

“Minta sangatlah kalau ada apa-apa bantuan dihebahkan” – Shazlina

“Kami ni rakyat biasa. Kadang-kadang ada dengar tentang macam-macam bantuan itu, bantuan ini, tapi tak tahu macam mana nak memohon.

“Jadi, minta sangatlah kalau ada apa-apa bantuan dihebahkan dengan lebih meluas supaya kami tak terlepas daripada menikmati faedah ini.

“InsyaAllah golongan M40 macam saya ini boleh juga memperbaiki taraf hidup dengan bantuan kerajaan.”

“Bukan nak mengeluh, cuma dengan adanya bantuan kerajaan bolehlah merasa kehidupan lebih selesa.” – Hasmi

“Kerja saya memang memerlukan saya sentiasa keluar di sekitar Lembah Klang untuk bertemu pelanggan. Dengan adanya subsidi minyak dapatlah juga meringankan beban perbelanjaan.

“Kalau tak, ‘sakit’ juga.

“Alhamdulillah, banyak manfaat yang diterima. Kalau sebelum ni, terasa sangat bila harga barang meningkat. Kadang-kadang ‘sesak’ nak make sure cukup sampai hujung bulan.

“Bukan nak mengeluh, cuma dengan adanya bantuan kerajaan bolehlah merasa kehidupan lebih selesa.”

“Salah percaturan terbeli rumah masa komitmen tengah tinggi” – Rizal

“Bila tolak gaji, segala komitmen dikerah pula dengan pelbagai macam cukai, mahu pening terus kepala.

“Dahlah baru lepas beli rumah harga RM500k, ingatkan jimatlah tak payah bayar sewa, bayar bulanan pun sekurang-kurangnya rumah sendiri, tapi hakikatnya pedih ye.

“Itu baru komitmen pinjaman, belum lagi yang hari-hari ni. Minyak lagi tol lagi. Duduk KL sana sini tol. Lepas tu jangan lupa pula parking.”

Dilema M40, apa yang mereka boleh dapat sebenarnya?

Sebelum itu, SK nak jelaskan sedikit, apa maksud M40 itu sebenarnya.

Berdasarkan pengelasan baharu isi rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (2020), isi rumah yang berpendapatan antara RM4,851 hingga RM10,970 dikategorikan sebagai M40.

Had pendapatan bagi M40 pula diperincikan kepada M1 ialah RM4,851-RM5,880, M2 (RM5,881-RM7,100), M3 (RM7,101-RM8,700), dan M4 (8,701-RM10,970).

Selama ini, sementara B40 sering menjadi sasaran utama bagi pelbagai bentuk bantuan, kini kerajaan juga memberi perhatian kepada golongan M40 yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.

Shazlina dan Hasmi tak dipinggir, pelbagai insentif disediakan untuk bantu buat mereka:

Pas My50 bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang yang memanfaatkan hampir 180,000 pengguna

Pas MYBAS50 untuk perjalanan tanpa had bagi Warganegara Malaysia terutamanya warga Johor Bahru menaiki semua perkhidmatan myBAS di Johor Bahru selama 30 hari.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023.

  • Diskaun 20 peratus untuk penyelesaian penuh jumlah hutang tertunggak.
  • Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah hutang tertunggak ATAU pembayaran pembayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus mengikut jadual pembayaran balik.
  • Diskaun 5 peratus apabila pembayaran dibuat melalui aplikasi myPTPTN.

Pengurangan kadar cukai pendapatan sebanyak 2 mata peratusan untuk golongan dengan pendapatan tahunan antara RM35,000 dan RM100,000, memanfaatkan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai dengan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.

Ramai anggap golongan M40 orang kaya, rupanya ini senarai bantuan kerajaan untuk M40 yang ramai tak tahu

Pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan yang telah dinaikkan hadnya daripada RM8,000 kepada RM10,000 mulai tahun taksiran 2023. Skop pelepasan juga diperluas meliputi kos rawatan pemulihan bagi anak kurang upaya pembelajaran seperti Autisme, Down Syndrome dan Specific Learning Disabilities terhad kepada RM4,000.

Perluasan skop pelepasan cukai premium insurans nyawa & takaful hayat meliputi caruman sukarela KWSP sehingga RM3,000.

Peningkatan keupayaan dan program kemahiran untuk anak muda meraih gaji yang lebih bermakna:

  • Tanggungan bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.
  • PERKESO juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.
  • Pelaksanaan program latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp).

Elaun mobiliti sebanyak RM500 untuk pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin dan RM1,000 untuk pencari pencari kerja yang mendapat pekerjaan dan melibatkan penghijrahan jarak jauh dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.

Pengekalan tarif elektrik kepada semua pengguna domestik.

Pelepasan kebankrapan serta merta bermula 1 Mac 2023 bagi kes-kes kecil (< RM50 ribu) bertujuan untuk memberi peluang kedua.

Dividen tambahan bagi pencarum ASB dengan simpanan kurang RM30,000, iaitu melibatkan 87 peratus ahli.

Jumlah had pelaburan individu bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) ditingkatkan kepada RM300,000 bagi mengalakkan simpanan masa tua dan meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera.
Pelepasan cukai sehingga RM3,000 kepada ibu bapa bagi menghantar anak ke TASKA yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan TADIKA yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemberian yuran subsidi taska sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada penjawat awam. Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion. Antara dana yang disediakan adalah:

  • BSN menyediakan lebih RM1 bilion dengan tumpuan kepada PKS Mikro dan penjaja.
  • TEKUN Nasional juga menyediakan RM330 juta termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan.
Rizal tak salah percaturan, layak pengecualian cukai

Menurut Belanjawan 2023, bagi pemilikan rumah pertama untuk hartanah berharga bawah RM500,000, duti setem dikecualikan sepenuhnya.

Ramai anggap golongan M40 orang kaya, rupanya ini senarai bantuan kerajaan untuk M40 yang ramai tak tahu

Bagi pemilikan rumah pertama lebih daripada RM500,000 hingga RM1 juta pula, pengecualian duti setem diberikan sehingga 75%.

Contoh kiraan duti setem:

Untuk rumah Rizal yang harganya RM500,000, jumlah duti setem untuk instrumen pertukaran hak milik dan perjanjian pinjaman akan dikira seperti di bawah:

(RM100,000 Pertama x 1%) + (RM400,000 Seterusnya x 2%) + 0.5% daripada jumlah pinjaman (RM450,000)

= (RM1,000 + RM8,000) + 0.5% X (RM450,000)

= RM9,000 + RM2,250

= RM11,250 (Jumlah yang boleh disimpan melalui pengecualian duti setem ini!)

Pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil boleh memanfaatkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang memberi pembiayaan sehingga RM400,000 dan bagi tempoh sehingga 35 tahun.

Takde rumah tapi ada tanah boleh mohon bantuan ini

Bagi individu yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tapi mempunyai tanah dan berhasrat ingin membina rumah, kerajaan turut melancarkan Program Rumah Mesra Rakyat. Program ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Pelbagai ikhtiar direncana untuk meringankan beban sara hidup M40 seperti pengurangan kadar cukai individu bagi meningkatkan pendapatan boleh guna serta program-program peluang pekerjaan.

Beberapa galakan perniagaan juga tersedia untuk manfaat M40 menceburi bidang keusahawanan termasuk pelbagai bentuk pembiayaan serta program latihan dan peningkatan kemahiran.

Tak dinafikan realitinya, bahawa ada daripada kumpulan M40 ini yang memiliki komitmen tinggi dalam perbelanjaan harian dan hutang pinjaman yang adakalanya menjadikan kedudukan mereka lebih terbeban.

Namun, M40 dikatakan pembayar cukai yang setia, justeru itu diharap semua manfaat yang ditawarkan serta sistem percukaian baharu ini dapat menyuntik tunai ke dalam poket M40 yang memerlukan.

Layari budget.mof.gov.my/manfaat/ bagi mendapatkan semua maklumat terkini mengenai pelbagai manfaat dan bantuan lain yang diberikan di bawah Belanjawan 2023 untuk semua segmen masyarakat.

Baca Lagi:
Makhluk besar berwarna putih ditemui di kawasan pergunungan, tapi bukan Bigfoot
Lelaki ini setiap hari menangis bawa motor selepas terbaca WhatsApp isteri dengan lelaki lain
Lelaki jumpa duit kertas lama ratusan ribu ringgit, tapi tetap untung besar selepas bank tidak terima duitnya
CATEGORIES