Akibat cuaca panas, ribuan ikan talipia mati di Tasik Unisza

Akibat cuaca panas, ribuan ikan talipia mati di Tasik Unisza

Akibat cuaca panas, ribuan ikan talipia mati di Tasik Unisza. Ribuan ikan tilapia yang dianggarkan seberat dua tan metrik ditemukan mati di Tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini, dipercayai kekura­ngan oksigen akibat cuaca panas.

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar, Dr. Fathurrahman Lananan berkata, cuaca panas yang berlarutan sejak Mac lalu menyebabkan berlaku peningkatan suhu pada permukaan tasik.

Menurutnya, kea­daan bertambah buruk apabila air domestik dari kawasan perumahan di Gong Badak dan Tok Jembal berdekatan universiti mengalir memasuki tasik tersebut.

Akibat cuaca panas, ribuan ikan talipia mati di Tasik Unisza

Katanya, ia menyebabkan bacaan oksigen air menjadi sifar dan mematikan ekosistem tasik.

“Pertembungan nut­rien daripada sisa bua­ngan domestik yang pekat ditambah peningkatan suhu permukaan tasik dikenal pasti menjadi punca kematian ikan,” katanya di sini semalam.

Kerja-kerja pembersihan dan membuang ikan yang mati di dalam tasik tersebut telah dilakukan sejak petang kelmarin.

Dr. Fathurrahman berkata, pihaknya berharap projek Loji Rawatan Air (LRA) dapat dilaksanakan di tasik tersebut bagi memastikan air tasik sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Jelasnya, Unisza te­lah membentang kertas cadangan kepada KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) pada 2019, namun terhalang disebabkan penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Projek khas LRA sangat penting bagi menyelesaikan masalah ini selain dapat merawat nutrien air bagi memanfaatkan warga universiti dan penduduk setempat,” katanya.

Baca Lagi:
Ibu didakwa rakam video lucah bersama 2 anak sendiri
Ini syarat nak mohon Bantuan (BKK) sehingga RM1,000 setiap bulan
Dr Amalina akhirnya dedah wajah anak buat kali pertama
CATEGORIES