Ini syarat nak mohon Bantuan (BKK) sehingga RM1,000 setiap bulan

Ini syarat nak mohon Bantuan (BKK) sehingga RM1,000 setiap bulan

Ini syarat nak mohon Bantuan (BKK) sehingga RM1,000 setiap bulan. Dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan , pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan :

Bantuan ( BKK )

Ini syarat nak mohon Bantuan (BKK) sehingga RM1,000 setiap bulan

BKK atau Bantuan Kanak-Kanak adalah salah satu bantuan kewangan bulanan yang telah diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan ini bertujuan bagi membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Objektif kepada bantuan ini adalah untuk memelihara dan memperkukuh institusi keluarga yang terlibat agar memberikan penjagaan yang sempurna kepada kanak-kanak dengan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya.

Kadar Bantuan Kanak – Kanak

Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM150 dengan kadar minima setiap bulan dan maksimum RM1,000 sebulan bagi satu keluarga mengikut pecahan berikut :

  • RM200: 6 tahun ke bawah
  • RM150: 7 tahun hingga 18 tahun
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/sebulan sekeluarga

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Memohon

Bagi memohon bantuan ini , pemohon haruslah memohon bantuan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dan setiap pemohon yang telah mendaftar akan disiasat melalui penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Penilaian tersebut adalah wajib bagi memenuhi keperluan dalam prinsip penyampaian bantuan yang mana ianya dinilai berdasarkan kepada kelayakan pemohon dan bukannya hak.

Untuk mendapatkan bagi info yang lebih teliti tentang bantuan BKK ini , sila lihat di Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. DISINI

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Baca Lagi:
Ini fungsi sebenar petak kuning di stesen minyak, rupanya bukan untuk tempat parking kereta
Baru nak berangan cantik, baju Anju pula tak bagi kerjasama terselit di ‘bontot’ buat ramai terhibur
KPM bakal umum berita baik untuk semua guru
CATEGORIES