
Dr Amalina akhirnya dedah wajah anak buat kali pertama
Dr Amalina akhirnya dedah wajah anak buat kali pertama. Jika sesiapa yang sering mengikuti laman sosial Instagram milik Dr Amalina Bakri pasti menyedari dia jarang sekali berkongsikan secara jelas wajah cahaya mata pertamanya, Arabella Mia itu secara langsung kepada umum.
Namun, khas buat meraikan majlis resepsi perkahwinannya bersama suami, Alexander Charles yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Amalina akhirnya mendedahkan wajah puterinya itu buat tatapan semua.
Berkongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis itu berlangsung, kedua ibu bapa mentua Dr Amalina, 36, turut hadir memeriahkan lagi majlis tersebut.
“Hari yang mengujakan! Minggu lalu merupakan satu momen bahagia dalam hidup kami.
“Selepas mendirikan rumah tangga lebih dua tahun, akhirnya kami dapat meraikan majlis ini bersama ahli keluarga serta sahabat handai di KL.
View this post on Instagram
“Saya jarang kongsikan gambar Arabella di Instagram tapi majlis perkahwinan kami sangat istimewa.
“Oleh itu, saya mahu berkongsikan beberapa keping gambar anak perempuan kesayangan kami,” tulis Dr Amalina di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, netizen berasa cukup teruja akhirnya dapat melihat wajah Arabella yang selama ini ‘disorok’ oleh ibunya.
“Gembira akhirnya dapat tengok Baby Arabella!
View this post on Instagram
“Macam anak patung Arabella.