Akibat bergurau kononnya Tengku Hassanal adalah kekasihnya, pelakon Dayang Areeda akhirnya terima padah

Akibat bergurau kononnya Tengku Hassanal adalah kekasihnya, pelakon Dayang Areeda akhirnya terima padah

Akibat bergurau kononnya Tengku Hassanal adalah kekasihnya, pelakon Dayang Areeda akhirnya terima padah. Pelakon, Dayang Areeda dikecam netizen apabila menyebut nama Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah sebagai kekasihnya.

Walaupun sekadar berjenaka secara santai, tindakan Areeda yang bergurau mengatakan Tengku Mahkota Hassanal sebagai kekasih dianggap keterlaluan.

Pelakon itu bagaimanapun tidak melenting, namun mengakui terkejut kerana menganggap isu terbabit sebagai perkara kecil.

Akibat bergurau kononnya Tengku Hassanal adalah kekasihnya, pelakon Dayang Areeda akhirnya terima padah

“Saya tidak faham sehingga ada pertelagahan di video yang saya bergurau mengatakan saya ke Pahang untuk berjumpa teman lelaki. Apabila ada komen memetik nama Tengku Hassanal, dari situ gurauan bermula.
“Saya cuma mengiyakan komen berkenaan namun tidak menyangka ada yang memberitahu Tengku Hassanal sudah bertunang. Kemudian saya memohon maaf kerana sekadar berjenaka saja,” katanya.

Menurut Areeda lagi, dia mengakui mempunyai perasaan minat terhadap Tengku Mahkota Hassanal, namun setakat itu saja.

Walaupun ramai lagi netizen mengetahui video yang dibuat itu sekadar gurauan, namun perkongsian itu menjadi perbualan serius selepas individu terbabit meninggalkan komen sebegitu.

“Benar saya memang meminati Tengku Hassanal namun sekadar minat saja dan tidak melebihi dari itu. Rasanya semua sedar saya sekadar bergurau.

“Tapi masuk satu saja komen ini, terus macam serius sikit. Boleh sesiapa tolong jelaskan mengenai hal ini? Saya seperti tidak faham cerita,” katanya.

Baca Lagi:
‘Staf mengandung tapi jangan sampai menindas orang lain’,- Lelaki ini kongsi cerita kerja di syarikat ramai perempuan
“Tinggi ilmu dia ni”, budak lelaki selamba gendong buaya atas badan belakang
Ada cikgu marah pakai kasut koyak datang sekolah, nasib ada ustazah memahami nasib aku
CATEGORIES