‘Staf mengandung tapi jangan sampai menindas orang lain’,- Lelaki ini kongsi cerita kerja di syarikat ramai perempuan

‘Staf mengandung tapi jangan sampai menindas orang lain’,- Lelaki ini kongsi cerita kerja di syarikat ramai perempuan

‘Staf mengandung tapi jangan sampai menindas orang lain’,- Lelaki ini kongsi cerita kerja di syarikat ramai perempuan. Foto sekadar hiasan

Masalah Pekerja Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku minta maaf awal awal kalau menyinggung perasaan sesiapa tapi aku mohon, tolonglah fikirkan sejenak kalau kalian berada di tempat aku.

Aku faham wanita mengandung ada banyak keistimewaan.

'Staf mengandung tapi jangan sampai menindas orang lain',- Lelaki ini kongsi cerita kerja di syarikat ramai perempuan

Tapi jangan sampai menindas orang lain.

Tolong lah letak sekejap diri anda di tempat orang lain juga, fahami perasaan orang lain juga daripada asyik minta orang lain faham keadaan korang.

Dalam syarikat aku, pekerja lelaki tak banyak. Pekerja perempuan lebih ramai.

Dan sebab ni syarikat lama dan kukuh, kebanyakan mereka dari zaman bujang sampai berkahwin kerja di sini. Makanya tak ramai staff bujang.

Jadi isu bila staff perempuan ramai yang mengandung waktu yang sama.

Dan tahun ini pula kerajaan mula wartakan cuti bersalin 98 hari, maka makin ramai lah yang merancang untuk ikut mengandung juga.

Masalah bermula dari awal mengandung lagi, bukan waktu cuti bersalin sahaja.

Mari aku ceritakan.

Awal mengadung, fasa alahan. Tak boleh buat kerja lama lama. Akan banyak ambil cuti sakit. Kalau datang kerja pun, akan banyak rehat.

Selalunya fasa ni ambil masa dalam dua hingga tiga bulan. Ada juga yang dari mula sampai nak cuti bersalin pun tak boleh buat kerja sangat.

Sebab alahan orang lain lain. Tak sama katanya. Kita kena faham mereka.

Kemudian, cuti bersalin. Lepas habis cuti bersalin, akan selalu ambil cuti sebab anak tak sihat, masalah pengasuh, dan lain lain lagi.

Maka, yang jadi mangsanya aku dan staff bujang yang lain. Tapi aku nak fokus ke arah aku, sebab ni confession aku.

Aku ada anak kecil juga, bini pun tengah mengandung. Sebab ramai pekerja perempuan tak boleh kerja sebab alahan, ada yang cuti bersalin, cuti jaga anak, aku terpaksa cover.

Departmen aku ni kerja spesifik sikit, nak train orang baru sangat rumit dan perlukan sijil khas.

Bila aku kena cover kerja mereka, ya, ada dapat imbuhan/elaun lebih. Tapi sampai satu tahap, duit ni dah tak berbaloi dengan apa yang aku hadap.

Balik rumah, dah lewat. Penat. Cuti minggu terpaksa kerja, hilang masa dengan anak anak. Isteri kat rumah pun penat jaga anak anak, aku kena take over bagi dia rehat. Tak apa, sebab tu isteri aku.

Yang stress bila dekat tempat kerja nak kena jaga bini bini orang, siapkan kerja kerja orang, nak jaga bini sendiri lagi.

Aku penat!

Kesian dekat anak anak. Nak berjalan cuti sekolah tapi tak boleh, tak cukup staff nak cover kalau aku yang lelaki ni pun cuti.

Aku sampai tengok muka anak anak, rasa nak menangis kesian. Dah berapa banyak kali cuti aku ditolak sebab alasan tak kukuh katanya.

Kalau nak cuti sebab anak tak sihat, dikata pula yang isteri aku kan suri rumah. Kenapa perlu aku yang cuti?

Sekarang ni baru nak masuk bulan tiga. Tapi aku dah burn out sangat. Aku jadi risau kalau ada lagi yang join nak mengandung sebab makin ramai yang bermasalah nak bekerja. Tolong lah.

Kalau rasa tak mampu nak bekerja bila hamil, berhenti supaya company boleh ambil staff baru yang bujang. Bagi la suami korang yang jaga korang, bukan para lelaki dekat tempat kerja ni.

Aku penat nak layan kerenah rakan sekerja yang mengandung. Aku pun ada isteri, anak anak dekat rumah yang perlukan kudrat dan perhatian aku.

Korang yang pilih nak mengandung, nak ada anak. Jangan libatkan orang lain. Kenapa orang lain asyik nak kena faham korang?

Bila mengandung, alahan kuat, tak larat kerja, tolong lah berhenti dan bagi suami korang yang handle.

Jangan serabutkan kepala suami orang lain. Bincanglah dengan suami korang.

Tolong lah jangan aniaya orang lain. Kesian la dekat kami yang nak kena cover kerja anda. Tolong lah.

Kesian la kat anak anak aku. Aku rela dikecam asalkan ada yang terbuka hati bila baca confession aku ni dan fikir dalam dalam, rancang betul betul sebelum mengandung dan jangan susahkan orang lain.

Reaksi Warganet

Nur Syakirah Raja Ariffin –
Saya sebagai ibu yang bekerja, setuju dengan confessor ni.

Mula mula ingatkan dia nak kecam secara membuta tuli, tapi he got a very solid point!

Pregnancy boleh dirancang, jangan lah rancang pregnant beramai ramai. Take turn.

So that, takde la hilang ramai sangat pekerja dalam satu masa. Bos pon kena ambil berat Hal ini.

Kesian confessor, dia pon Ade keluarga dia. Hidup ini bukan semata mata bekerja.

Felis Cactus –
Benda ni diluah, ramai la ibu ibu yang pernah mengandung/sedang mengandung akan kecam. Tambah tambah kalau kena tegur dengan yang single macam aku, hahaa.

Pernah tegur staf mengandung ni balik keja gitu je tanpa siapa siapa tanggung kerja beliau selepas itu disebabkan keistimewaan dapat kebenaran balik awal sejam itu. Common sense illek.

Aku tade masalah dengan IM yang ada common sense tapi dengan yang tade sense, feeling entitled semua orang kena faham dia ni memang membara rasa bila kena hadap.

Nur Hela –
Cakap la dengan bos department. Atau orang lagi atas dari bos ke. Fight untuk hak awak untuk cuti.

Ada kesan tak? Kesian jugak baca luahan awak ni. Harap awak bertabah dan jangan bertindak mengikut perasaan.

Ingat anak dan isteri yang sentiasa ada untuk awak. You can do this, ok ?

Zhafarina MZaid –
Entah lah. Masalah ni, pihak atasan lah yang kena bijak. Takkan staff yang sama je kena cover.

Confessor pun kena lah bijak, jumpa pihak atasan berterus terang..

Saya masa berpantang pun ada buat kerja, hantar laporan, sebab nak memudahkan orang lain.

So,masalah staff mengandung ni bergantung kepada individu juga. Ramai je preggy staff tapi buat kerja cekap, pantas.

Syamsiah Abdul Ghani –
Saya perempuan dan mengandung sebanyak 4 kali tapi saya faham sangat perasaan tuan.

Sakit hati kalau orang tu muka dia je ngandung tiap tahun. Muka dia je nak bahagia susun anak, cuti bersalin tiap tahun dan lain lain.

First perancangan keluarga penting especially untuk yang wanita bekerjaya lah. Jangan tiap tahun kau je yang nak bunting.

Kedua, bukan semua wanita hamil ngadap alahan teruk. Yang alahan teruk tu memang azab dia lain macam. Ujian depa lah.

Yang 3, kasi adil. Orang lain cover awak time awak tak boleh perform sebab urusan pregnancy atau anak, awak cover balik orang tu time dia pula urus anak dia walaupuan dia lelaki.

Team work kena ada. Ada teamwork yang baik, hubungan pun baik, InsyaAllah tiada siapa akan mengeluh.

Baca Lagi:
Menang cabutan bertuah Lamborghini, pemuda ini pecut 323 km/j sampai hancur berkecai
Pemuda jual wang kertas RM1 nombor siri 88888888 jadi perhatian ramai selepas ia berjaya dijual RM1,000 sekeping
Semasa cuti penggal persekolahan guru boleh diarah hadir bertugas
CATEGORIES