“Tinggi ilmu dia ni”, budak lelaki selamba gendong buaya atas badan belakang

“Tinggi ilmu dia ni”, budak lelaki selamba gendong buaya atas badan belakang

“Tinggi ilmu dia ni”, budak lelaki selamba gendong buaya atas badan belakang. BUAYA adalah haiwan reptilia yang berdarah sejuk dan ganas. Selain itu, ia turut dikategorikan sebagai haiwan pemangsa yang berbahaya.

Sesiapa sahaja yang berdepan dengan binatang tersebut pastinya akan kecut perut kerana sering kali kita mendengar haiwan pemangsa itu akan bertindak ganas sekiranya rasa terancam.

Namun, berlainan pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia yang mengendong seekor buaya di atas bahunya pada Ahad.

"Tinggi ilmu dia ni", budak lelaki selamba gendong buaya atas badan belakang

Tindakan berani kanak-kanak itu turut dirakam oleh orang kampung dan dimuat naik semula di halaman Twitter @FunnyVideosID.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, kanak-kanak lelaki berseluar biru berkenaan sedikit pun tidak kelihatan takut mengendong buaya berkenaan.

Buaya yang berada di belakang budak itu pula kelihatan tenang dan tidak melawan ketika kejadian. Dia hanya memegang dua kaki buaya tersebut, manakala muncung haiwan itu diletakkan di atas kepalanya ketika dia berjalan.

Warga maya yang melihat video tular tersebut turut berasa terkejut dengan tindakan kanak-kanak berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pendapat yang berbeza.

Malah, ada yang berasakan kanak-kanak tersebut mempunyai ‘ilmu’ yang tinggi.

Ada juga warga maya yang menganggap video tersebut lucu dan kagum dengan keberanian budak lelaki tersebut yang selamba menjinakkan haiwan ganas.

@lawak_senja♬ suara asli – Hiburan_Sekilas

Baca Lagi:
Pemuda jual wang kertas RM1 nombor siri 88888888 jadi perhatian ramai selepas ia berjaya dijual RM1,000 sekeping
Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak
Mengajar tanpa tauliah, pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dijel setahun denda RM3,000
CATEGORIES