Abdul Latiff perlu dipecat daripada Kabinet – Rafizi

Abdul Latiff perlu dipecat daripada Kabinet - Rafizi

Abdul Latiff perlu dipecat daripada Kabinet – Rafizi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad perlu dipecat daripada Kabinet susulan isu tular projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu wajar dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memandangkan masih tiada penafian dibuat oleh Abd. Latiff hingga kini.

Malah, katanya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga perlu memaklumkan secara rasmi kepada Perdana Menteri mengenai keputusan parti untuk menggantikan pemimpin itu dengan calon lain.

Abdul Latiff perlu dipecat daripada Kabinet - Rafizi

“Ini satu ujian penting untuk menilai adakah Muhyiddin dan Bersatu benar-benar ikhlas menentang rasuah, seperti tulisan beliau yang mengambil kredit atas penghukuman kes SRC International Sdn. Bhd,” katanya dalam hantaran terbaru dalam laman Facebook di sini hari ini.

Baru-baru ini, Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek LCS adalah milik keluarga bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.

Dakwanya, siasatan dalaman projek LCS secara jelas menyebut isteri kepada Abd. Latiff dan ia dinyatakan pada muka surat 96 yang menyebut ‘siasatan mengambil maklum bahawa Abd. Latiff adalah suami kepada individu berkenaan.’

Abd. Latiff bagaimanapun menafikan penama wanita yang dikaitkan dalam laporan berita itu adalah isterinya sekali gus bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan kes tersebut.

Rafizi berkata, penafian Abd. Latiff itu hanya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan rakyat boleh membuat kesimpulan yang pendedahannya sebelum ini benar.

Sehubungan itu, beliau turut menuntut penjelasan mengenai peruntukan sebanyak RM1.7 bilion alat-alat gantian sedangkan kapal berkenaan belum siap.

“Berapa banyak daripada jumlah yang dibeli itu sebenarnya alat-alat gantian yang diperlukan untuk kapal bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan? Dan berapa banyak daripada stok alat gantian itu sebenarnya untuk barang-barang kegunaan harian yang boleh dibeli di pasar raya biasa?

“Apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendakwa projek telah mencapai 50 peratus kemajuan sehingga 2018, berapa banyak dari peratusan kemajuan itu bersabit dengan pembelian barang-barang yang tidak ada kena-mengena dengan alat gantian kapal seperti ini? Kita tahu kemajuan projek itu mengambil kira semua aktiviti termasuk tempahan alat-alat gantian kapal,” katanya.

Baca Lagi:

Penggali kubur kongsi pengalaman jenazah hidup balik sebelum dikebumikan, ‘dah 3 kali berlaku’

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published.