Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan. Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan sabitan bersalah dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta berhubung kes seleweng dana SC International Sdn Bhd bernilai RM42 juta disambut pelbagai reaksi orang ramai.

Ada yang bertepuk-sorak, tidak kurang juga yang menitiskan air mata hiba mengenangkan nasib menimpa Najib daripada seorang Perdana Menteri kini bergelar banduan di Penjara Kajang.

Timbul juga persoalan bagaimana seorang VIP seperti Najib bakal menjalani rutin hariannya di penjara, bagaimana makan minum beliau nanti?

Dan hari ini merupakan malam kedua beliau dipenjara.

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

Menurut bekas banduan yang berkongsi pengalaman menerusi Sin Chew Daily, banduan biasanya makan lima kali sehari termasuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam.

Menu tipikal penjara terdiri daripada nasi dan sup selain protein dan sayur yang disediakan dalam pelbagai cara berbeza.

Menerusi laporan dipetik Sin Chew Daily juga menyatakan kerajaan akan memberi bajet berbeza untuk setiap penjara.

Sebagai contoh, Penjara Marang menerima purata RM41 untuk setiap banduan pada tahun 2019.

Baca Lagi:

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Sepanjang 12 tahun dipenjara, Najib boleh bayar bila-bila masa denda RM210 juta

Selepas Najib disumbat penjara Kajang, ini komen Muhyiddin

CATEGORIES