Penggali kubur kongsi pengalaman jenazah hidup balik sebelum dikebumikan, ‘dah 3 kali berlaku’

Penggali kubur kongsi pengalaman jenazah hidup balik sebelum dikebumikan, ‘dah 3 kali berlaku’

Penggali kubur kongsi pengalaman jenazah hidup balik sebelum dikebumikan, ‘dah 3 kali berlaku’.

Dalam banyak-banyak cerita mengenai pekerjaan seseorang, jarang sekali kita mendengar kisah yang berlaku disebalik pekerjaan penggali kubur.

Baru-baru ini, perkongsian daripada seorang penggali yang dikenali Ayep telah mendapat perhatian netizen apabila dia menceritakan pengalamannya berjumpa dengan jenazah yang hidup kembali.

Jenazah hidup balik

Perkongsian itu dibuat menerusi satu sesi live dan sedutannya dikongsikan oleh satu pengguna TikTok. Menurut Ayep, dia dan rakannya baru sahaja selesai gali kubur untuk seorang wanita yang baru sahaja meninggal dunia.

Bagaimanapun, dia kemudiannya menerima panggilan untuk membatalkan sesi pengebumian kerana dimaklumkan bahawa jasad wanita itu telah hidup kembali.

Penggali kubur kongsi pengalaman jenazah hidup balik sebelum dikebumikan, 'dah 3 kali berlaku'

“Pukul 8:30 tadi, saya dekat luar. Saya pergi lepak dengan kawan. Lepas tu saya dapat berita daripada kawan saya. Dia suruh standby, nak kebumikan jenazah perempuan dalam pukul 11 lebih macam tu. Saya terus balik, kawan-kawan dah standby pergi kubur set up keluarkan lampu, cangkul, touch up lubang yang mana tak elok.”

“Lepas tu, pukul 9:23 macam tu, kawan saya info balik, dia cakap tak jadi kebumikan sebab jenazah hidup balik.”

Ayed turut menegaskan bahawa apa yang berlaku itu benar dan bukan rekaan. Malah, Ayep menjelaskan bahawa perkara sebegini sudah 3 kali berlaku.

@humbleracing kuasa Allah swt#foryoupage #fyp #fypシ ♬ original sound – HumbleRacingTeam

Ada juga jenazah yang hidup kembali selama 5 tahun sebelum meninggal dunia dan ada juga jenazah yang disahkan meninggal dunia dan hidup balik, nakun meninggal dunia semula selepas beberapa jam.

Penggali kubur kongsi pengalaman jenazah hidup balik sebelum dikebumikan, 'dah 3 kali berlaku'

“Kitaorang dekat sini dah tiga kali berlaku. Yang seorang jenazah meninggal lepas tu dalam berapa jam macam tu dia hidup balik. Dia hidup dalam 5 tahun macam tu lepas tu dia meninggal tahun lepas.”

“Yang kedua, dia dah meninggal lepas tu dia hidup balik selama beberapa jam, lepas tu meninggal.”

Video tersebut telah membuatkan ramai netizen terkejut dengan peristiwa tersebut dan ia meraih 1 juta tontonan sepanjang 3 hari ia dikongsikan.

Baca Lagi:

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

Menu makanan Najib di penjara didedah bekas banduan

Bekas pengarah SPRM mula buka mulut ketika siasat kes SRC, terima banyak ugutan dan tawaran habuan macam-macam

CATEGORIES