Isteri pergi kerja, suami buat ‘projek’ dengan mertua, sekali kantoi kena tangkap basah tengah berbogel

Isteri pergi kerja, suami buat ‘projek’ dengan mertua, sekali kantoi kena tangkap basah tengah berbogel

Isteri pergi kerja, suami buat ‘projek’ dengan mertua, sekali kantoi kena tangkap basah tengah berbogel. Luluh hati wanita ini apabila mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri (mentua kepada suami).

Dalam pada inai masih merah di jari, lelaki ini sanggup berlaku curang dengan menjalinkan hubungan terlarang itu.

Kisah pahit ini diceritakan oleh wanita yang dikenali sebagai Norma Risma di TikTok yang telah bercinta dengan pilihan hatinya ini sekitar lima tahun sebelum berkahwin.

Isteri pergi kerja, suami buat 'projek' dengan mertua, sekali kantoi kena tangkap basah tengah berbogel

Gambar hiasan

Bagaimanapun, baru tiga hari mendirikan rumah tangga, si suami berlaku curang ibu kandungnya apabila mereka ditangkap ketika sedang menjalinkan hubungan terlarang.

Beberapa penduduk berjaya menangkap suami dan ibunya dalam keadaan tanpa seurat benang pada tubuh mereka.

Lebih menyedihkan apabila sewaktu kejadian berlaku, Norma tiada di rumah kerana sedang bekerja.

Rupa-rupanya, hubungan sulit antara ibu dan suaminya ini sudah terjalin sebelum mereka berkahwin lagi.

Malah, kedua-duanya pernah bertukar mesej melalui aplikasi WhatsApp berbaur lucah dan turut melakukan hubungan terlarang ketika bulan puasa.

Berikutan kejadian, dia mengambil keputusan untuk bercerai supaya tidak lagi terjumpa dengan lelaki tersebut.

Tambahnya, dia juga terpaksa mengambil ubat-ubatan untuk mengurangkan tekanan dihadapi akibat kekecewaan dialami.

Menerusi sesi temu bual disiarkan semula di TikTok, wanita ini hanya terdiam ketika ditanya seandainya dia boleh memaafkan si ibu atas perbuatannya.

Dalam pada itu dia menyatakan yang dia masih tidak menyangka ibunya sanggup lakukan perkara sedemikian kerana hubungan mereka dalam keadaan baik.

Walau bagaimanapun, dia sedia untuk memaafkan ibunya meskipun tergamak merampas kebahagiaan anaknya sendiri.

Baca Lagi:
Sepasang suami isteri dihukum penjara selama 12,640 tahun
Lelaki jadi jutawan sekelip mata, jumpa duit syiling berusia 7 abad semasa menuai padi, tak sangka bernilai RM3.63 juta
‘Sebak tengok, terbayang ayah sendiri yang angkat’, netizen tabik spring tengok lelaki angkat peti sejuk ke tingkat 4
CATEGORIES