Rosmah Mansur kena saman RM67.461 juta dari Syarikat berlian Lubnan

Rosmah Mansur kena saman RM67.461 juta dari Syarikat berlian Lubnan

Rosmah Mansur kena saman RM67.461 juta dari Syarikat berlian Lubnan. Isteri bekas perdana menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor berdepan tuntutan saman daripada syarikat barangan kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL bernilai RM67.461 juta

Memetik laporan sebuah portal, firma itu menuntut barang kemas yang didakwa dihantar kepada Rosmah atas tujuan pameran dipulangkan.

Sebagai ganti, firma itu meminta pembayaran kos barang kemas itu dengan nilai AS$14,567, 270, bersamaan dengan RM67,461, 027.

Rosmah Mansur kena saman RM67.461 juta dari Syarikat berlian Lubnan

Kenyataan tuntutan itu difailkan bagi pihak Global Royalty oleh firma guaman David Gurupatham and Koay.

Firma tersebut pernah memfailkan saman untuk 44 barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, saman itu kemudian ditarik semula.

Dalam saman asalnya, Global Royalty mendakwa pada 10 Feb 2018, firma itu menghantar 44 barang kemas, termasuk rantai berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 (RM519,183) dan AS$925,000 (RM3. 8 juta) kepada defendan, yang diserahkan sendiri melalui dua ejennya.

Syarikat itu berkata, Rosmah telah mengakui penerimaan barangan kemas tersebut.

Menerusi surat bertarikh 22 Mei 2018, syarikat itu mendakwa Rosmah, juga telah mengesahkan dan mengakui penerimaan barang kemas itu namun beliau menjelaskan kesemua barang kemas itu tidak lagi berada dalam simpanannya kerana disita dan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

Baca Lagi:
4 sekawan kena kacau di apartment Port Dickson harga RM200 satu malam
“Dah lambat nak pergi show, Nabila Razali tahan penunggang motosikal nak tumpang, sekali ini yang jadi”
Budak 12 tahun bawa lari bas sejauh 100 kilometer, sekali ini yang berlaku
CATEGORIES