“Dah lambat nak pergi show, Nabila Razali tahan penunggang motosikal nak tumpang, sekali ini yang jadi”

“Dah lambat nak pergi show, Nabila Razali tahan penunggang motosikal nak tumpang, sekali ini yang jadi”

“Dah lambat nak pergi show, Nabila Razali tahan penunggang motosikal nak tumpang, sekali ini yang jadi”. Penyanyi dan pelakon Nabila Razali terpaksa menahan penunggang sebuah motosikal selepas dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika ingin menghadiri sebuah acara pada malam Ahad.

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Nabila dilihat menumpang seorang lelaki yang berbaik hati menumpangkannya untuk ke acara tersebut memandangkan dia sudah terlambat dan perlu membuat persembahan.

Jelas Nabila, lokasi program itu berlangsung hanya beberapa meter daripada lokasi dia terperangkap membuatkan dia terpaksa menahan penunggang motosikal untuk menghantarnya.

"Dah lambat nak pergi show, Nabila Razali tahan penunggang motosikal nak tumpang, sekali ini yang jadi"

“Dah lambat nak pergi show, Nabila terpaksa tahan motosikal nak tumpang. Jalan sesak teruk, tinggal beberapa meter sahaja lagi nak sampai,” katanya.

Dalam video itu juga, Nabila yang memakai pakaian serba hitam meminta izin lelaki berkenaan untuk memegang begnya agar kedudukannya lebih stabil ketika membonceng motosikal berkenaan.

“Maaf saya pegang beg, ya. Jangan laju-laju,” katanya kepada penunggang motosikal berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Ipoh ketika Nabila dalam perjalanan ke Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2023 yang diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berseloroh bahawa penunggang motorsikal tersebut bertuah.

Malah mereka juga bimbang keselamatan Nabila yang tidak memakai topi keselamatan dan juga cara duduknya.

“Tak tidur malam abang itu dapat bawa Nabila Razali.
“Risau kita tengok Nabila tak pakai helment dan takut kain dia masuk tayar motor.
“Demi kerja, Nabila sanggup ek. Memang respect dekat Nabila,” antara komen netizen.

Baca Juga : 

Ahli perniagaan berjaya pecah rekod bida nombor plat ‘P7’ dengan nilai RM66.17 juta
Netizen dedah Shuib curang ketika arwah Siti Sarah masih hidup, siap ada video Watie main golf dengan…
Kekasih baru Sharnaaz Ahmad tular, muka mirip bekas isteri dan bercampur rupa Lisa Surihani
CATEGORIES