Penculik ejen kosmetik Azi akhirnya mengaku salah, dihukum penjara 56 bulan

Penculik ejen kosmetik Azi akhirnya mengaku salah, dihukum penjara 56 bulan

Penculik ejen kosmetik Azi akhirnya mengaku salah, dihukum penjara 56 bulan. Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada Selasa menjatuhi hukuman penjara 56 bulan ke atas penculik ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Nain, 37, dalam kejadian 13 September tahun lalu.

Hakim, Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang juga seorang buruh, Mohd Hafizi Mohd Arifin, 27, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 5.10 petang, 13 September tahun lalu.

Penculik ejen kosmetik Azi akhirnya mengaku salah, dihukum penjara 56 bulan

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan Akta 574 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, tertuduh hanya mengangguk ketika ditunjukkan gambar-gambar bukti dan bersetuju ketika ditanya oleh hakim.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falena Abu Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Hajarul Falena memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.

Mengulas pendakwaan itu, Hajarul Falena memberitahu mahkamah, kes penculikan itu membabitkan keselamatan negara dan memberikan trauma kepada keluarga serta mangsa.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 12 April.

Mengikut fakta kes, pada 13 September tahun lalu, pengadu iaitu Mohd Nain Awang, 71, membuat laporan polis bahawa anak perempuannya, Rosnazirah diculik dua lelaki.

Seorang daripada mereka mencari mangsa di dalam rumah, manakala seorang lagi berada di dalam kereta.

Pengadu juga memaklumkan diacukan senjata tajam oleh tertuduh ketika cuba menghalang dan ada suspek bertopi cerah mengacukan pistol kepada pengadu.

Pengadu menjauhkan diri kerana berasa takut dan mengambil batu lalu membaling kepada kereta Toyota Vios tetapi mangsa di bawa lari oleh tertuduh dan dua suspek lain.

Susulan kejadian itu, beberapa siri tangkapan dibuat bagi mengesan kedudukan mangsa dan polis kemudian berjaya mengesan Toyota Vios di kawasan pangkalan haram Kuala Tat, Tumpat.

Siasatan Unit forensik Polis Diraja Malaysia membuat siasatan terhadap kereta itu menemui dua cap jari sempurna dan satu cap jari yang ditemui di cermin bahagian dalam kereta adalah milik tertuduh.

Siasatan awal juga mendapati mangsa diculik kerana suaminya iaitu W Muhamad W Noor, 37, mempunyai hutang yang belum dibayar.

Bagaimanapun, pada 12 April lalu, tertuduh Mohd Hafizi ditangkap di Terengganu dan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk tindakan.

Hasil kawad cam mendapati mangsa mengecam tertuduh sebagai antara individu yang menculiknya pada hari kejadian.

Baca Lagi:
“Dah lambat nak pergi show, Nabila Razali tahan penunggang motosikal nak tumpang, sekali ini yang jadi”
‘Macam berada dalam penggambaran filem aksi’, lelaki kongsi detik cemas diserang bom dan peluru di belakang rumah mertua
PM Anwar umum 7 berita baik termasuk tol percuma selama 4 hari
CATEGORIES