Kisah aku nak minta LI, semua pensyarah tak mahu sign kecuali prof yang selalu aku ejek, aku terkejut bila dia cakap macam ni..

Kisah aku nak minta LI, semua pensyarah tak mahu sign kecuali prof yang selalu aku ejek, aku terkejut bila dia cakap macam ni..

Kisah aku nak minta LI, semua pensyarah tak mahu sign kecuali prof yang selalu aku ejek, aku terkejut bila dia cakap macam ni… Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Salam semua. sedikit coretan mengimbau zaman kenakalan waktu belajar. Kedut, itu nama yang aku beri pada dia lebih 10 tahun yang lalu pada kelas pertama. Macam-macam lagi nama aku beri pada pensyarah.

Tapi Kedut yang paling aku ingat. Dia pensyarah aku. Lelaki. Sedikit gempal. Tua berkedut. Rambutnya hitam dengan gaya rambutnya dia sikat persis Donald Trump.

Diakar rambutnya kau akan nampak sedikit keputihan. Yang akan hilang setiap 2 bulan. Rambutnya diinai semula barangkali.

Kisah aku nak minta LI, semua pensyarah tak mahu sign kecuali prof yang selalu aku ejek, aku terkejut bila dia cakap macam ni..

Aku student yang biasa-biasa. Kursus kejuruteraan kimia. Dapat juga merasa dekan dua semester. Tapi disaat skrol ditangan, aku cuma mampu mengapai CGPA 3.3. Bodoh tak. Pandai pun tak.

Aku “the class clown”. ‘Jodoh’ aku dengan kedut ada la dalam 4 semester dari 8 semester. Dia bahan lawak aku yang paling mudah. Setiap kali jadual keluar, aku akan lihat “Ada tak Kedut…Ada tak Kedut?”

Bila ada aku pasti akan mendengus. Subjek Kedut selalunya subjek yang sukar. Tapi cara kedut mengajar memang bukan cara aku. Kelopak mata aku perlu ditahan dengan batang mancis tiap kali dia mengajar.

Kedut sudah tua. Pensyarah lain sibuk mengheret laptop dan projector. Kedut pula akan pilih kelas yang ada OHP. Kertas OHP akan dipancar pada whiteboard dan kelas yang bagi aku paling bosan akan bermula.

Suara nya pula mendatar atau monotone. Dia mungkin ada 1000 mood. Tone suara hanya 1. Kau tak tahu OHP apa? Benda tu legend wei kat dewan kuliah zaman aku.

Kedut juga ada ‘glitch’..Dia selalu pause ketika syarahan. Bak kata anak-anak sekarang dia jenis manusia yang loading. Tengah bersyarah tiba “emmmmm aaaaaaaaaaa emmmmmm aaaaaaaa”.

Sambil tangannya masih menunjuk pada whiteboard. Dan kadang kala matanya terkedip kedip memikirkan apa yang dia ingin katakan.

Aku selalu nampak kekecewaan di mata Kedut. Bila aku datang lambat dan hanya sengih seperti kerang busuk padanya sebelum duduk dan buat selamba.

Bila aku sibuk tangkap gambar kawan-kawan ketika dia bertanyakan soalan didepan.

Bila aku buat lawak bangang bila dia bersyarah. Bila aku menguap tanpa sedikit pun rasa malu.

Dan bila aku kantoi mengajuk gayanya memberi syarahan diiringi hilaian gelak kawan-kawan sebelum kelas bermula.

Waktu aku semester akhir, dia mengajar aku satu subjek yang penting. 4 credit hour. Aku gagal test pertama. Salah aku sendiri kerana langsung tak ulangkaji.

Malam tu sibuk layan gig. Carried mark assignment dan test 40% exam pula 60%. Sebelum test kedua aku bermula, test terakhir sebelum exam kami diberi kertas penilaian pensyarah.

Aku yang bagai dirasuk perasaan marah menulis penilaian yang teruk. Dan Kedut tahu itu aku. Selepas test dia memanggil aku. Macam mana dia tahu?

Aku seorang sahaja dalam kelas yang menulis menggunakan pen hijau. Ya. Entah apa-apa aku ni. Pen mak kau hijau!

Dia slow talk dan katakan yang penilaian ni harus dinilaikan melalui apa yang dia dah beri bukan apa yang aku faham atau terima.

Dia dah ajar, bukan salah dia aku tak faham. Material sudah diberi. Tutorial telah dibuat dan dibincangkan. Dalam erti kata lain apa lagi yang aku mahu?

Masa tu membuak juga hati aku. Macam aku cakap aku pelajar yang biasa-biasa. Aku tidak lah pandai sangat.

Tapi aku konsisten. Test dia adalah test pertama yang aku gagal. Dalam 8 semester. Semester akhir ni pulak nak ada fail.

Dengan penuh rebel sebab semalam baru layan gig, aku ambil kertas penilaian aku ditangannya. Dan beri penilaian yang lebih bagus dengan paksa rela.

Aku lihat wajahnya sambil berkata “Dah Prof. Puas hati?” Aku keluar dan tinggalkan dia yang masih loading pah ceroh.

Seminggu selepas tu, aku dapat panggilan untuk latihan industri. Di syarikat minyak dan gas nasional. Syarat untuk diterima adalah aku harus menambah tempoh dari 3 bulan ke 6 bulan.

3 bulan adalah tempoh yang ditetapkan universiti. Maknaya selepas exam dan FYP presentation aku harus terus ke sana untuk mulakan latihan industri.

Masalahnya, untuk aku tambah tempoh aku harus dapatkan surat sokongan dari dekan atau timbalan dekan serta insurans nywa.

Tak ada cuti semester tu aku sudah biasa kerana tiap kali cuti semester aku akan kerja sambilan untuk kumpul duit.

Turun naik aku jumpa dekan dan timbalan dekan hal ehwal pelajar. Cuba yakinkan mereka untuk tanda tangan.

Tiada yang mahu meletakkan tandatangan pada surat yang telah aku drafkan. Pelbagai alasan diberi. Katanya susah-susah LI sahaja di kilang-kilang disini.

Buat apa LI lama-lama. Sedangkan aku agak rapat dengan timbalan dekan. Sangkaan aku nak dapat sirat sokongan dari dia meleset jauh tersasar.

Amekau. Hiperbola sangat. Remuk hati aku bila dia tidak mahu tanda tangan.Waktu itu satu sahaja dalam fikiran aku.

“Hmmmmm patut la senior-senior semua tak dapat tempat yang best untuk LI! Patut la semua UTP sapu. Ye lah deme kan 8 bulan. Memang la syarikat besar suka”

Tiba-tiba aku teringat pada Kedut. Dia timbalan dekan akademik. Hah. Matilah. Aku kena bersedia LI di kilang lain la nampaknya.

Selamat tinggal syarikat minyak dan gas nasional. Surat yang aku draf aku keronyokkan. Entah mengapa aku rasa nak serbu aja. “Ah.Cuba je lah!”

Aku bawa surat berkeronyok berjumpa dengan Kedut. Dalam kerunsingan sempat juga aku tertawa. “Surat keronyok berkedut untuk si Kedut!”.

Aku ketuk pintu. Aku dapat rasakan muka ku panas berbahang. Namun tangan dan kaki ku sejuk. Suara monotone Kedut kedengaran. “Masuk~~~Ah kamu. Ada apa?”. Aku jelaskan satu persatu. Dia ambil surat aku.

“Wah tahniah. Bagus syarikat ni.”

“Terima kasih prof. Tapi saya perlukan surat sokongan dekan atau timbalan dekan. Saya dah jumpa prof abcd dan prof efgh. Tapi mereka tak mahu sign.”

“Mungkin kerana tempat ni risiko tinggi. Ya lah oil and gas kan. Kalau apa-apa jadi pada kamu waktu LI disana. Banyak yang perlu dijawab”

“Itu saya faham prof. Insurans nyawa dan medikal saya akan ambil khas untuk ini”

“Emmmmmm aaaaaaaaa emmmmmm aaaaaaaaa….Bagus. Tapi surat ni perlu dibaiki lagi”

Dia lurutkan kaca matanya. Surat aku tadi di tilik depan belakang depan belakang. Pen parker dakwat basahnya menulis diatas surat aku apa yang perlu aku baiki. Dan dia suruh aku bawa draf akhir surat aku esok.

Aku tak putus ucapkan terima kasih dan aku pulang dengan 1001 rasa bersalah.

Esoknya aku kembali dengan surat yang telah dibaiki. Setelah aku memberi salam dan melabuhkan punggungku, aku terus menanyakan dia satu soalan.

“Kenapa prof nak tolong saya? Saya biadap dengan prof.”

“Kerana itu hak kamu. Saya harus adil. You are smart and brilliant. Cuma nakal. I have to give you what you deserve not what I feel like giving you. That is called being professional.eeemmmmm aaaaaaaa…………..and fair.”

Dia hulurkan aku surat yang telah ditanda tangani dengan ucapan good luck.

Fast forward selepas exam dan FYP presentation aku terus mulakan LI.Banyak aku belajar disana bila SV aku meletakkan banyak kepercayaan pada aku.

Banyak aku belajar tentang proses dan aku juga didedahkan dengan product quality check serta project engineering. Sempat merasa MTA 3 bulan dan melihat bagaimana MTA execution.

Sedih pula bila memikirkan kawan-kawan yang terlepas peluang sebab terus terima tempoh 3 bulan bulat-bulat.

Usai LI aku terus mendapat kerja di syarikat minyak dan gas antarabangsa berbekalkan pengalaman LI aku. Kejayaan aku jadi bualan rakan-rakan.

Tak henti-henti aku terima CV dari rakan-rakan yang suruh aku posmenkan pada HR. Kali terakhir aku jumpa Kedut masa konvo. Cuma sempat ucap terima kasih sekali lagi dan bergambar dengannya buat kenang kenangan.

Kata-kata Kedut aku pegang sampai harini. Tentang being professional. Fast forward 10 tahun. Ada seorang staf aku ni. Attitude punya lah menyakitkan hati.

Dengan macam-macam dia duk canang tentang aku. Ikutkan hati nak sahaja aku bagi penilaian buruk biar bonus dia rendah. Padan muka.

Tapi dalam kebusukan hati dia tu, dia ada kelebihan. Kerja dia siap ontime. Kerja dia berkualiti. Dia ada deliverable. Siap. Berkualiti. Ontime. Itu kita panggil seamless delivery.

Dan walaupun aku boss dia, dia bukan kaki ampu. Mengigil tangan aku nak bagi bagus tapi itu apa yang dia layak.

Hari-hari aku doa kat Allah jadikan la aku manusia adil yang tak berpandukan hati dan perasaan semata-mata.

Staf aku seorang tu sahaja yang attitude sikit. Walaupun dia kena bantai dengan management kadang-kadang, selaku boss kena defend bila apa dia buat tu betul.

Banyak lah hal dia yang buat aku geram tapi selaku boss aku kena manage perasaan aku.

Sampai harini aku masih ingat Kedut. Terima kasih prof Kedut. Semoga prof sentiasa dilindungi Allah swt dan dikurnikan kesihatan fizikal dan mental nak layan student-student hamprit macam saya.

Saya lupa nak cakap kat prof. Cuba dengar lagu metal sikit prof. Untung-untung tak da la monotone sangat suara tu.

Sekian dari bekas student prof Kedut.

Baca Lagi:
Misteri mayat wanita reput & berulat ditemui dalam bagasi di perhentian bas
Gadis curi duit dalam akaun bank kawan, siap keluarkan duit beli iPhone 14 Pro Max akhirnya ditahan
Kroni Tun Dr Mahathir, Tan Sri Lee Kim Yew diisytihar muflis Mahkamah Tinggi Shah Alam
CATEGORIES