Setelah 6 tahun berlalu, Mat Over mohon maaf kepada David Teo insiden menampar depan Najib Razak

Setelah 6 tahun berlalu, Mat Over mohon maaf kepada David Teo insiden menampar depan Najib Razak

Setelah 6 tahun berlalu, Mat Over mohon maaf kepada David Teo insiden menampar depan Najib Razak. Selepas berlalu detik hampir enam tahun, pelawak dan pelakon popular, Mat Over, memohon maaf pada David Teo ekoran insiden menampar penerbit terbabit di depan Najib Razak suatu ketika dulu.

Permohonan maaf itu dibuat Mat Over selepas semalam mereka terserempak buat kali pertama sejak kejadian sempena Dialog Transformasi Nasional TN50 tersebut.

Mat Over dan David sama-sama menghadiri suatu acara berbuka puasa.

Setelah 6 tahun berlalu, Mat Over mohon maaf kepada David Teo insiden menampar depan Najib Razak

Kata pemilik nama sebenar Sulaiman Yassin itu, tindakannya menampar David mungkin kerana ketika itu dia “hilang ingatan.”

“Saya nak minta maaf pada Encik David kerana saya sudah melakukan kekasaran yang tak dijangka. Jadi hari ini, saya mahu Encik David tolong maafkan saya.
“Boleh jadi, ketika itu saya lupa ingatan… biasalah,” katanya.

Kekecohan tersebut berlaku pada 1 Mei 2017 semasa Najib mengadakan dialog bersama penggiat seni di Seri Perdana, di Putrajaya.

Setelah 6 tahun berlalu, Mat Over mohon maaf kepada David Teo insiden menampar depan Najib Razak

Ia bermula apabila David meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cara Rosyam Nor sebagai moderator yang mengendalikan acara berkenaan.

David mendakwa, Rosyam tidak adil kerana hanya memberi peluang bertanya kepada penonton di bahagian tertentu saja. Rosyam pula meminta David untuk menjaga adab di depan perdana menteri.

Sewaktu David berpantun, Mat Over tiba-tiba meluru ke arah penerbit filem terbabit dan menamparnya.

Mat Over kemudian dilaporkan media berkata, dia tidak menganggap apa dilakukannya sebagai keterlaluan malah ia penting untuk mengajar David ‘cara beradab’ di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah acara berkenaan.

Selepas acara itu, Mat Over dan David dikatakan tidak pernah bersua muka di mana-mana acara.

David pula berkata, dia bersedia memaafkan Mat Over sempena Ramadan iaitu bulan yang dikenali sebagai bulan mulia.

“Dalam bulan yang mulia ini, apa salahnya kita bermaaf-maafkan antara satu sama lain, kosong – kosong,” katanya.

Baca Lagi:
Kroni Tun Dr Mahathir, Tan Sri Lee Kim Yew diisytihar muflis Mahkamah Tinggi Shah Alam
“Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan”
Gadis curi duit dalam akaun bank kawan, siap keluarkan duit beli iPhone 14 Pro Max akhirnya ditahan
CATEGORIES