Bukit Aman tubuh pasukan khas siasat kes hina agama, kaum dan raja

Bukit Aman tubuh pasukan khas siasat kes hina agama, kaum dan raja

Bukit Aman tubuh pasukan khas siasat kes hina agama, kaum dan raja. Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes melibatkan penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata pasukan itu yang ditubuhkan pada 22 Mac lalu diketuai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 JSJ.

“Objektif pasukan khas ini adalah memastikan siasatan dijalankan dengan segera dan (hasil siasatan) dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh tujuh hari,” menurutnya dalam kenyataan.

Bukit Aman tubuh pasukan khas siasat kes hina agama, kaum dan raja

Beliau berkata, tujuh kertas siasatan melibatkan kes 3R dibuka bagi tempoh 27 Mac hingga Khamis lalu dengan empat daripadanya berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, dua membabitkan agama dan satu berbaur elemen perkauman.

Katanya, tiga kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara manakala empat lagi masih dalam siasatan.

“Setakat ini, dua individu ditahan membabitkan kes penghinaan terhadap institusi diraja dan perkauman manakala seorang lagi dalam proses dikesan,” katanya.

Noorsiah turut menasihati orang ramai tidak memuat naik gambar, video sensitif dan perkara melangkaui aspek 3R sehingga menyebabkan fitnah serta mengundang kemarahan masyarakat.

Beliau berkata, orang ramai turut disaran menggunakan media sosial dengan bijak terutama yang menyentuh isu 3R bagi menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta agama terpelihara.

“Sebarang bentuk penularan berita palsu, berkecenderungan menghasut atau ugutan yang boleh menyebabkan kegentaran awam melalui platform media sosial akan diambil tindakan undang-undang bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 serta kesalahan termaktub mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Lagi:
Kroni Tun Dr Mahathir, Tan Sri Lee Kim Yew diisytihar muflis Mahkamah Tinggi Shah Alam
Gadis curi duit dalam akaun bank kawan, siap keluarkan duit beli iPhone 14 Pro Max akhirnya ditahan
“Sayu lihat keadaan bekas lagenda bola sepak Kelantan ini, dulu dijulang kini gelandangan”
CATEGORIES