5000 penghuni kesal 3 lif utama disita, terpaksa guna tangga naik ke tingkat 17

5000 penghuni kesal 3 lif utama disita, terpaksa guna tangga naik ke tingkat 17

5000 penghuni kesal 3 lif utama disita, terpaksa guna tangga naik ke tingkat 17. Kira-kira 5,000 penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Kuala Terengganu kesal, apabila tiga lif utama di blok perumahan 17 tingkat itu dihentikan operasi secara tiba-tiba.

Penduduk mendakwa, syarikat pengurusan menghentikan operasi lif atas arahan pihak berwajib, kerana sijil layak menduduki atau CF bagi ketiga-tiga blok di PPR itu telah tamat tempoh.

Sebelum ini hanya satu lif berfungsi di setiap tiga blok, manakala enam lif lain rosak.

5000 penghuni kesal 3 lif utama disita, terpaksa guna tangga naik ke tingkat 17

Namun kini, semua lif tidak beroperasi sejak petang semalam, menyebabkan penghuninya terpaksa menggunakan tangga hingga ke tingkat 17.

Syarikat penyelenggaraan bangunan di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) mendakwa, lif terbabit disita pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Wakil Ketua Blok PPR Hiliran, Mohd Shezi Omar berkata, tindakan pihak terbabit tidak boleh diterima dan membahayakan nyawa penghuni sekiranya ada kecemasan.

“Jadi aduan yang diterima penghuni; banyak kesusahan, mana yang sakit, mana yang perlu turun naik 2-3 kali sehari kita pun tak tahu macamana nak selesai masalah ni, cuma satu caralah, pihak terlibat bukalah lif tu untuk operasi semua penghuni,” katanya.

Sementara itu, Bekas ADUN Bandar yang juga Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Ahmad Shah Muhamed yang turun padang, menghubungi pihak penyelenggaraan lif pangsapuri terbabit.

Susulan perbincangan itu, pihak terbabit akhirnya akur untuk menyambung balik penggunaan lif kira-kira jam 11 malam tadi untuk sementara waktu, sehingga urusan pembaharuan CF selesai.

Masalah kerosakan lif dialami penduduk di sini telah berlarutan sejak sekian lama dan pernah dilaporkan di Buletin TV3, namun penyelesaian termasuk penggantian lif baharu masih tiada kesudahan.

Baca Lagi:
Mayat dalam bonet kereta gemparkan penduduk Shah Alam, adik kongsi cerita sebenar
Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat
2 beranak terkejut besar jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik
CATEGORIES