Mayat dalam bonet kereta gemparkan penduduk Shah Alam, adik kongsi cerita sebenar

Photo of author

By Joe

Mayat dalam bonet kereta gemparkan penduduk Shah Alam, adik kongsi cerita sebenar. Baru-baru ini, tular beberapa foto dan video memaparkan sebuah kereta dibiarkan tersadai di tepi jalan berhampiran Kampung Lombong, Shah Alam, Selangor dan difahamkan ia sudah beberapa hari berada di situ.

Adik jumpa kereta abang tepi bahu jalan

Terbaharu, misteri yang menyebabkan kenderaan tersebut tersadai akhirnya terjawab juga apabila terdapat pengguna Facebook mendakwa adik kepada mangsa menemui kereta dipercayai milik abangnya di kawasan tersebut.

Mayat dalam bonet kereta gemparkan penduduk Shah Alam, adik kongsi cerita sebenar

Menerusi tangkapan layar dikongsikan pengguna terbabit, adik mangsa telah membuat laporan polis setelah mendapati kereta dan pemandu terbabit dilaporkan hilang sejak Ahad.

Dakwanya, adik mangsa menjumpai kereta milik abangnya setelah mencari di sebuah kawasan projek yang dikendalikan mangsa, namun ditemui dalam keadaan tidak berkunci.

“Kesnya macam ni, kereta dan pemandu dah hilang dua hari. Hari ini, adik dia buat laporan polis dan mohon bantuan dari kawan-kawan berhampiran untuk mencari pemilik.
“Kebetulan adik dia tahu abang dia ada buat projek di kawasan Jalan Kebun ni. Justeru, adik dia carilah di situ dan terjumpa kereta dibiarkan parkir di bahu jalan,”ujar pemilik mesej tular terbabit.

Hidu bau busuk, jumpa mayat abang dalam bonet kereta

Akan tetapi, adik mangsa dikatakan terhidu bau busuk di bahagian bonet kereta sebelum membuka dan menemui bungkusan dipercaya mayat yang dibungkus dalam plastik hitam.

“Adik dia pun buka kereta yang dalam keadaan tidak berkunci tapi dalam kereta tak ada apa-apa. Pada masa yang sama, adik dia terhidu bau di bahagian bonet belakang dan selepas ia dibuka, dia terkejut melihat bungkusan dipercayai mayat dibungkus dalam plastik hitam dan terus menghubungi orang sekeliling untuk mendapatkan bantuan,”katanya lagi.

357736142 2567632500061597 7596866248705299770 n e1688536986668

Mangsa dipercayai seorang warganegara asing yang menetap di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor dan keluar dari rumahnya untuk mendapatkan gaji daripada majikan.

Sementara itu, ada individu menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti harta kekayaan atau kemewahan sedia ada termasuk lokasi di media sosial.

Ini kerana kes ‘pembunuhan’ tersebut berkemungkinan dilakukan oleh individu dikenali dan mangsa juga seorang pekerja buruh binaan.

Mayat dalam bonet kereta gemparkan penduduk Shah Alam, adik kongsi cerita sebenar

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung insiden terbabit.

Baca Lagi:
Dikebumi pada tahun 1984, lelaki tua ini kembali semula ke rumah selepas 29 tahun kemudian
Beg tangan jenama Louis Vuitton sebesar ‘kuman’ dijual pada harga RM300,000
Lelaki menang loteri RM21.8 juta akhirnya terpaksa hidup merempat