2 beranak terkejut besar jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik

2 beranak terkejut besar jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik

2 beranak terkejut besar jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik. Menurut Daily Mail, George Tindale dan bapanya yang dikenali sebagai Kevin sedang mencari barang logam dengan menggunakan peralatan khas di Sungai Witham di Grantham, Lincolnshire sebelum penemuan luar biasa tersebut.

Anak beranak ini kemudiannya terkejut besar apabila menemui peti besi lama dan mendapati terdapat sejumpah wang yang bernilai kira-kira 2,500 dolar Australia (RM7,551) tersimpan dalam plastik dalam peti tersebut.

Selain daripada wang tunai, anak beranak ini juga turut menemui sekeping sijil senjata api dan beberapa kad bank yang sudah tamat tempoh pada 2004. Susulan penemuan itu, mereka akhirnya dapat menjejak pemilik asal peti besi tersebut.

2 beranak terkejut besar jumpa peti besi berisi duit ribuan ringgit dalam tasik

Difahamkan peti besi tersebut merupakn barang curi yang diambil dari seorang ahli perniagaan bernama Rob Everett tahun 2000 ketika pejabatnya dipecah masuk.

Anak beranak akhirnya berjaya mencari dan menghubungi Rob Everett dan mereka berniat untuk memulangkan peti besi itu kepadanya. Akhirnya George dan Kevin telah berjumpa dengan Rob Everett di premis perniagaan di Grantham untuk memulangkan hartanya.

Rob Everett yang kagum dengan keikhlasan dan kejujuran dua beranak itu juga difahamkan telah menawarkan peluang kerja untuk George Tindale meskipun usianya baru 15 tahun sekiranya dia berminat.

George Tindale dan bapanya pula berkongsi minat yang sama iaitu mencari barangan logam dengan menggunakan ‘pancing magnet’.

Baca Lagi:
Rupanya selama ini ramai yang salah guna kipas, ini cara sebenar penggunaan kipas dalam rumah
Wang kertas RM1 tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman harga cecah RM6,000 sekeping
Anggota polis tikam perut, kelar leher sendiri akibat kalah judi online
CATEGORIES