Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell

Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell

Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell. Sebut sahaja bahan api kenderaan, pelbagai andaian akan timbul dalam fikiran anda seperti tekanan volatile gas akan mempengaruhi minyak dalam tangki.

Ada juga yang berpandangan kadar isian yang laju akan menyebabkan minyak yang masuk ke tangki adalah lebih sedikit.

Disebabkan pelbagai andaian ini, Pengarah urusan Shell Malaysia Trading Shairan Huzani Husain atau mesra dipanggil Pakcik Shell mendedahkan ‘kebenaran’.

Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell

Menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, dia melakukan dua situasi yang sering dilakukan masyarakat Malaysia.

Kali ini, tumpuan adalah sama ada mengisi secara perlahan akan menghasilkan bahan api tambahan berbanding dengan melakukannya dengan cepat.

Pam nozel minyak laju-laju akan kurangkan minyak masuk tangki? Ini penjelasan Pakcik Shell

Menggunakan set pam bahan api untuk mengisi kanister dengan 10 liter petrol RON 95, beliau melakukannya dengan cepat dengan cara menekan nozel sepenuhnya manakala seorang lagi pekerja Shell mengisi satu lagi kanister pada kadar yang jauh lebih perlahan.

Selepas kedua-dua tabung diisi, didapati bahawa kedua-duanya mengandungi tepat 10 liter petrol RON 95.

Jadi tidak kira sama ada anda mengisi perlahan atau cepat, jumlah minyak yang keluar dari pam adalah sama.

Teori sedemikian timbul kerana tanggapan bahawa petrol meruap dengan sangat mudah, jadi apabila bahan api dipam pada kadar yang lebih cepat, dipercayai lebih banyak minyak akan ‘hilang’.

Ya, penyejatan bahan api memang berlaku semasa mengisi minyak dan boleh dipengaruhi oleh suhu serta faktor persekitaran lain, tetapi kesannya terhadap volum yang dihantar adalah kecil, seperti yang dibuktikan oleh eksperimen Pakcik Shell ini.

Jadi, jangan buang masa anda untuk mengisi lama di stesen pam ya!

Baca Lagi:
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
CATEGORIES