Zizie Izette isteri Bung Moktar mengaku terima wang RM2.8 juta

1687F305 7FBF 4F8D 875B 05497D86EECC

Zizie Izette isteri Bung Moktar mengaku terima wang RM2.8 juta. Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bahawa Datin Seri Zizie Izette A Samad pernah memaklumkan ada menerima wang RM2.8 juta kerana bertindak sebagai ‘orang yang memperkenalkan’ berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Saksi pendakwaan ke-27, Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata demikian ketika perbicaraan kes rasuah pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual, yang dihadapi Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mohd Haris berkata, isteri Ahli Parlimen Kinabatangan itu mendedahkan perkara berkenaan ketika merakam percakapannya bagi membantu siasatan kes rasuah suaminya pada Julai 2016.

Zizie Izette isteri Bung Moktar mengaku terima wang RM2.8 juta

Menurutnya, wang berkenaan diterima daripada saksi pendakwaan ke-25, ejen pelaburan, Norhaili Ahmad Mokhtar.

“Saya tidak tahu sama ada Norhaili dan seorang lagi ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid berada dalam tekanan ketika memberi percakapan bagi membantu siasatan.

“Tetapi saya tahu mereka dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah ini,” katanya.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, saksi itu berkata, percakapan Norhaili dan Madhi dirakam sebanyak enam kali.

Katanya, merakam percakapan pasangan suami isteri itu dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta SPRM 2009 kerana pada 2017 tiada sebarang tangkapan dibuat.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette, 44, di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara jam 12.30 tengah hari dan jam 5 petang 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai sebanyak RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette, atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Izette pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan bersambung 17 Mei ini.

Baca Juga :

Bahasa Melayu mungkin Akan Diajar Dalam Bahasa Inggeris Pada Masa Hadapan – Pakar Bahasa

Kembar ke? Tular video gadis muka dan suara seiras Siti Nurhaliza

Gempar !! Langit di bandar raya China menjadi merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.