Gadis 16 tahun baru 2 hari berkahwin dah kena talak dengan duda 50 tahun

Gadis 16 tahun baru 2 hari berkahwin dah kena talak dengan duda 50 tahun

Gadis 16 tahun baru 2 hari berkahwin dah kena talak dengan duda 50 tahun.

Siapa sangka, baru berumur 16 tahun dah bergelar janda? Kisah sedih ini terjadi kepada SM, gadis 16 tahun yang menjadi janda selepas dua hari berkahwin dengan duda yang berumur 50 tahun.

Menerusi laman Tribunnews, Hartini, ibu kepada SM, berasa sangat kecewa dan hancur hatinya melihat anak perempuannya dengan sekelip mata menjadi janda selepas dua hari bergelar isteri.

Dihalau keluarga lelaki

Gadis 16 tahun baru 2 hari berkahwin dah kena talak dengan duda 50 tahun

Ahli keluarga lelaki dikatakan telah menghalau ayah SM sebelum sempat merestui dan menjadi wali nikah kepada anak perempuannya semasa hari pernikahan.

Hartini juga menceritakan tentang bekas suami SM yang sweet talker, kononnya nak beri kebahagiaan kepada SM tetapi itu semua hanyalah kata-kata kosong!

Duda itu berjanji untuk memberikan sebiji kereta, tanah dan sebuah rumah tetapi akhirnya hadiah yang SM dapat hanyalah sebuah penceraian.

Kalau korang nak tahu, sebelum berkahwin, SM dan keluarganya tidak tahu yang lelaki tersebut merupakan seorang duda sejak 13 tahun lalu.

Namun, semuanya terbongkar apabila mereka melaporkan tindakan lelaki itu kepada pihak polis.

Kes ini telah menjadi kes polis kerana SM yang berumur 16 tahun itu masih dibawah umur.

Baca Lagi:

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

15 rakyat Malaysia cedera di Muzdalifah, bas terbabas

Anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang dibunuh, ditemui semula selepas 40 tahun

CATEGORIES