[VIDEO] Wanita lagak ‘samseng jalanan’ pandu secara merbahaya dicekup

[VIDEO] Wanita lagak ‘samseng jalanan’ pandu secara merbahaya dicekup

[VIDEO] Wanita lagak ‘samseng jalanan’ pandu secara merbahaya dicekup. Seorang pemandu wanita yang bersikap seperti ‘samseng jalanan’ apabila memandu secara berbahaya di Jalan Tebrau di sini ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pemandu berusia 40 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini pada pukul 8.33 malam.

Menurut beliau, ujian air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarangan pemngambilan bahan terlarang mahupun pengaruh alkohol.

[VIDEO] Wanita lagak ‘samseng jalanan’ pandu secara merbahaya dicekup

“Polis mengesan satu rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang dipandu secara berbahaya bukan sahaja kepada dirinya tetapi pemandu lain.

“Siasatan mendapati suspek sengaja memberhentikan kenderaan secara mengejut, menyebabkan kereta jenis Perodua Axia di belakang turut berhenti secara mengejut sehingga hampir dirempuh treler,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, sehubungan itu pihaknya menyita Toyota Fortuner yang digunakan wanita berkenaan dalam kejadian tersebut.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil sementara menunggu hasil siasatan dilengkapkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Raub mengingatkan orang awam khususnya pengguna jalan raya untuk sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa bagi mengelak daripada berlakunya sebarang insiden tidak diingini.

Baca Lagi:
Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
[Video] Kereta terbakar kemalangan, suami meraung hanya mampu tengok isteri dalam kereta
CATEGORIES