Pelumba drag maut ketika perlumbaan, kejohanan dihentikan serta merta

Pelumba drag maut ketika perlumbaan, kejohanan dihentikan serta merta

Pelumba drag maut ketika perlumbaan, kejohanan dihentikan serta merta. Perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 yang berlangsung di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak dekat sini dihentikan serta-merta, selepas seorang pesertanya maut ketika perlumbaan.

Kejadian itu dimaklumkan oleh penganjur BOTK 2022, MUSC Motorsport menerusi laman sosial Facebook rasminya.

Menurut penganjur, siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir esok ditamatkan serta-merta hari ini dan akan ditangguhkan ke suatu tarikh lain, bagi menghormati mangsa dan keluarga.

Pelumba drag maut ketika perlumbaan, kejohanan dihentikan serta merta

“MUSC mengucapkan salam takziah kepada Apeh Jamal dan keluarga.

“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program dan pasukan drag, mengambil keputusan untuk menangguhkan acara BOTK 2022 ini ke suatu tarikh lain yg akan ditentukan kelak,” kata kenyataan itu.

Menurut sumber seorang pelumba drag Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, maut sewaktu menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 pada 11.35 pagi tadi.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta jenis Mitsubishi Lancer Evo yang dipandunya, hilang kawalan lalu terbabas melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan kejadian tersebut.

Baca Lagi:
[VIDEO] Wanita lagak ‘samseng jalanan’ pandu secara merbahaya dicekup
Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES