Video wanita India masak sardin kicap dalam bahasa Tamil raih perhatian netizen Melayu

Video wanita India masak sardin kicap dalam bahasa Tamil raih perhatian netizen Melayu

Video wanita India masak sardin kicap dalam bahasa Tamil raih perhatian netizen Melayu. Sewaktu PKP dahulu, nama ‘Sugu Pavithra’ terkenal menjadi carian warganet untuk melihat video beliau memasak. Bagaimanapun, Sugu memilih untuk ‘menyepikan diri’ tidak lama selepas itu.

Terbaharu, netizen sudah mula memberi perhatian kepada Nisha Thokku, seorang lagi pencipta konten masakan di media sosial.
Beliau mula dikenali melalui sebuah video memasak ‘Sardin Kicap’ dalam Bahasa Tamil yang dimuat naik di TikTok pada pertengahan Disember tahun lalu.

Video wanita India masak sardin kicap dalam bahasa Tamil raih perhatian netizen Melayu

Walaupun berbahasa Tamil, video tersebut telah meraih lebih 1.7 juta kali tontonan. Rata-rata yang menonton video itu adalah pengguna TikTok berbangsa Melayu.

Menerusi satu temu bual Nisha bersama Harian Metro, Nisha yang juga ibu kepada tiga anak tidak menyangka video berkenaan meraih tontonan tinggi kerana sudah dua tahun berkongsi rutin memasak iaitu sejak awal berniaga dalam talian, namun baru kini mendapat perhatian ramai.
@nishathokku SARDINE KICAP ❤️❤️❤️ #nishathokkucustomerfeedback #nishathokkureview #indianfoodlover #tamilan #thrraaga #FreeYondOpen #astroulagam #foryoupage #foryou #indianfood #iddly #malaysia #thokku #nishathokku #nishahomemadetokku #nishaflavoriddly #strawberry #strawberryflavor #strawberryiddly #pandaniddly #coklatiddly #idli #nishaiddly#singporeindian #malaysiaindian #malaysia #singpore #malaysiatiktok #singporetiktok #myfoodie #foodlover #indianfoodlover #viral #trending #fyp #nishahomemadethokku  #nishatokku #nishathokku #foryou #foryoupage #supportsmallbusiness #onlinebusiness #workfromhome #onlinebusiness#indianstreetfood #indianfood #indianfoodlover #indianfoodblogger#pudina #pudinathokku #myfoodiemalaysia #myfoodie #asmrfood#cookingwithnisha #myfoodiemalaysia#sardine #sardinekicap ♬ original sound – – Y O U R B O Y F I E E 🧋🚬

Menurutnya, sebelum ini beliau tidak pernah buat video walaupun suka makan dan selalu masak di rumah untuk suami serta anak

“Tapi disebabkan menjual sambal tumis (thokku) dan tepung idli dihasilkan sendiri secara dalam talian maka saya buat video kerana niatnya nak cari orang suka makan dengan harapan mereka yang menonton sokong perniagaan saya.

“Tak sangka pula dalam banyak perkongsian, video sardin masak kicap itu dapat tontonan tinggi sampai nak menangis baca komen kerana semuanya positif dan ramai dalam kalangan orang Melayu,” jelas beliau.

Menurut Nisha, hidangan dikongsikan di TikTok kebanyakannya adalah makanan kegemarannya serta seisi keluarga.

“Sardin masak kicap itu kegemaran saya, malah anak dan suami pun suka. Cuma sebelum ini saya berceloteh dalam bahasa Tamil, tapi ramai pengikut minta saya buat video dan bercakap dalam bahasa Melayu.

“Jadi, saya cuba walaupun tak fasih sangat sebenarnya dan selepas baca komen, saya gembira kerana ramai yang suka dan minta saya kongsi lebih banyak video memasak serta resipi.

“Sebenarnya apabila ada mula menyapa serta ajak bergambar apabila berada di luar sampai panggil saya kakak sardin kicap,” katanya kepada Harian Metro.

Baca Lagi:
Akhirnya terbongkar nama asal ‘Mawla Amin’ di pasport France sebelum dia pindah ke Morocco
Pelajar tahfiz termenung seorang diri saat semua pelajar keluar bercuti dengan keluarga, “Dia bukan anak yatim piatu, tapi…”
“Suami ajak tinggal di rumah mak angkat, anak mak angkat semua cantik, tak sangka bila masuk bilik mereka ini yang aku nampak..”
CATEGORIES