“Real anak jantan!”- MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi

“Real anak jantan!”- MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi

“Real anak jantan!”- MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi. Dua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan kesediaan untuk mengosongkan kerusi sekiranya pindaan perlembagaan parti itu kelak melarang mereka daripada memberikan sokongan kepada pihak ketiga.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ini disebabkan sokongan yang diberikan olehnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah muktamad.

"Real anak jantan!"- MP Bukit Gantang, Gua Musang sedia kosongkan kerusi

“Saya memberikan sokongan selepas saya fikir selama setahun berada di pihak pembangkang, tidak ada apapun perkara yang boleh kita manfaatkan. Maka saya bersedia (kosongkan kerusi).
“Daripada saya tarik balik sokongan (kepada Anwar) asalnya (Perikatan Nasional) tak boleh buat apa-apa. Saya rela rakyat buat keputusan,” katanya pada sidang medianya di Pusat Media Parlimen hari ini.

Bersatu sebelum ini dilaporkan akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 2 Mac ini.

Perhimpunan itu dijangka meminda perlembagaan parti susulan tindakan enam Ahli Parlimen parti itu menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Syed Abu Hussin, Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin turut menafikan jawatan Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diterimanya itu satu imbuhan disebabkan menyatakan sokongan kepada Anwar.

Sebaliknya katanya, jawatan itu diberikan adalah berdasarkan kepada pengalamannya.

“Jawatan yang diberikan itu adalah berdasarkan kepada pengalaman saya dan terbukti kaedah penjualan murah yang saya buat.

“Jawatan itu tidak bergaji dan tidak ada elaun. Jadi, apakah imbuhan yang dimaksudkan? Ini semata-mata khidmat kepada rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azizi yang turut bersama dalam sidang media berkenaan turut menyatakan beliau bersedia untuk mengosongkan kerusi.

“Sokongan kita kepada Perdana Menteri ini adalah daripada hati kita sendiri.

“Kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengosongkan kerusi sekiranya itu adalah kenyataan yang perlu diterima,” katanya.

Baca Lagi:
Video wanita India masak sardin kicap dalam bahasa Tamil raih perhatian netizen Melayu
“Akhirnya tercapai hajat aku, lepas masuk bilik bersalin, aku jerit depan doktor yang aku dah jadi janda!”
Hanya jual kebab & ais krim, Lukas Podolski bekas bintang Arsenal kini jadi jutawan
CATEGORIES