Video sungguh menyayat hati, lebih 700 buah rumah atas air musnah terbakar

378AB342 06CD 432F AC2A A900CA9F1730

Video sungguh menyayat hati, lebih 700 buah rumah atas air musnah terbakar. Dianggarkan 700 buah rumah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di perkampungan atas air Kurnia Jaya, Jalan Apas petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.45 petang.

@ainnnnnssss Simpan di sini buat kenangan 😔 #batu4terbakar #batu4 #tawausabah #tinggalkenangan ♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Operasi pemadaman segera dijalankan sebaik tiba di lokasi kejadian. Struktur hampir semua rumah yang musnah dibina daripada kayu mengakibatkan api kebakaran merebak dengan cepat.

“Keadaan api yang sudah besar juga menyebabkan anggota bomba bertugas pada awalnya sukar mengawal kebakaran.

@ainnnnnssss #batu4terbakar #batu4 #tawausabah #tinggalkenangan ♬ Ya Allah Lindungilah Kami – Ai khodijah

“Kita juga menghadapi masalah dari segi sumber air yang ada di sini namun api berjaya dikawal dengan menggunakan pam yang sedia ada untuk mendapatkan sumber air laut dan daripada tanker bomba,” katanya.

@ainnnnnssss #batu4terbakar #batu4 #tawausabah #tinggalkenangan ♬ original sound – ainnnnssss

Menurutnya, api berjaya dikawal pada pukul 9.37 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala operasi tamat pada pukul 10.40 malam dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

Baca lagi:

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

[VIDEO] Gara-gara tidak tukar lagu, pekerja ditampar pelanggan

Rafizi, Nurul Izzah tampil bersiaran langsung program ‘Terus Terang’ esok!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.