Gempar!! Bertarung 15 minit tewaskan sawa gergasi dengan menggunakan jengkaut

Gempar!! Bertarung 15 minit tewaskan sawa gergasi dengan menggunakan jengkaut

Seorang pemandu jengkaut ‘berlawan’ 15 minit dengan seekor ular sawa bersaiz gergasi kira-kira 7.5 meter dan seberat 150 kilogram (kg) sebelum reptilia itu tewas dalam kejadian di ladang sawit di Air Tenang Tukang Sidin dekat sini kelmarin.

Menceritakan kepada Utusan Malaysia, Mohd. Zul Zaidi Abd. Rafor, 34, dari Kampung Sungai Manik dekat sini berkata, kejadian berlaku pukul 3.45 petang ketika hujan semasa dia menggunakan jengkaut terus leka membersihkan semak dan parit di ladang kelapa sawit.

“Ketika cuba mengalihkan satu longgokan batang sawit, ia sukar menyebabkan saya turun turun dari jengkaut untuk membuat pemeriksaan.

“Semasa memeriksa saya dikejutkan dengan seekor ular sawa yang besar dalam longgokan batang sawit. Reptilia itu menaikkan kepalanya dan menghampiri saya, saya berundur menuju ke jengkaut namun haiwan itu cuba mengejar saya.

“Untuk menyelamatkan diri, saya masuk ke bahagian pemandu jengkaut bercermin tetapi ular berkenaan turut memanjat jengkaut,” katanya..

Mohd. Zul Zaidi memberitahu, melihat ular itu yang agresif dia berusaha ‘melawan’ dengan memandu jengkaut sehingga reptilia itu jatuh ke tanah,

Katanya, dia kemudian menggunakan jengkaut itu menekan bahagian ekor ular itu sebelum menghubungi rakan-rakan meminta bantuan.

“Saya berada dalam bahagian tempat pemandu jengkaut selama 15 minit sebelum rakan-rakan yang sedang mengait buah sawit di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya, berdepan ular sawa sepanjang 7.5 meter dan beratnya mungkin hampir 150 kg adalah pengalaman yang amat mencemaskan.

Baca lagi: 

Kecoh! Perlawanan bolasepak terhenti, penunjuk perasaan ikat badan di tiang gol

Setelah halang wanita pakai skirt ke unit kecemasan, Jaga hospital ditegur DG Hisham

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

CATEGORIES