Rafizi, Nurul Izzah tampil bersiaran langsung program ‘Terus Terang’ esok!!

Rafizi, Nurul Izzah tampil bersiaran langsung program ‘Terus Terang’ esok!!

Rafizi, Nurul Izzah tampil bersiaran langsung program ‘Terus Terang’ esok!!.  Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar akan tampil bersiaran langsung dalam sesi ‘Terus Terang Edisi Terpaling’ bagi menjawab persoalan isu politik termasuk cara untuk bangkit kembali menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menerusi platform media sosial.

Rafizi dalam ciapan di Twitternya berkata, program itu akan bersiaran pada Sabtu secara serentak di akaun rasmi media sosial milik beliau dan Nurul Izzah pada jam 9 malam.

Ujar beliau, sesi program berkenaan akan kendalikan pengendali asal siri ‘Terus Terang’ semasa kempen PRU14 dahulu iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

1632516 1

“Berbekalkan semangat #berlarianak, InsyaALLAH saya akan mula ke udara (internet) semula seperti sebelum PRU14.

“Saya beruntung kerana usaha ini turut didukung Nurul Izzah. Insya-ALLAH beliau akan membakar semangat sahabat-sahabat,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, 66 peratus pengundi menyatakan bahawa mereka mendapat berita perkembangan politik menerusi platform media sosial.

“Malangnya, setelah kita berusaha meyakinkan rakyat untuk mencari maklumat yang pelbagai dari sosial media supaya tidak dimonopoli parti pemerintah, kita pula yang tempang dalam bab menghasilkan kandungan dan memberi penerangan.

“Akhirnya, kita tewas teruk dalam beberapa siri pilihan raya.

“Itulah maksud saya kita kena kembali kepada landasan perjuangan dan gerak kerja kita. Kita sampai ke Putrajaya dalam tahun 2018 kerana kita tidak pernah penat berusaha meyakinkan rakyat untuk berubah, termasuklah berubah ke arah kandungan media yang lebih adil,” ujarnya.

Baca Lagi:

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka sangat dengan amoi berbanding perempuan melayu..

[VIDEO] Gara-gara tidak tukar lagu, pekerja ditampar pelanggan

Cadangan eksport ketum oleh Sanusi disanggah Hamzah…

CATEGORIES