[VIDEO] Gara-gara tidak tukar lagu, pekerja ditampar pelanggan

[VIDEO] Gara-gara tidak tukar lagu, pekerja ditampar pelanggan

[VIDEO] Gara-gara tidak tukar lagu, pekerja ditampar pelanggan. Seorang pekerja di sebuah restoran di Subang Jaya ditampar pelanggan gara-gara tidak dapat memainkan lagu seperti yang diminta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam pada 13 Mac itu, suspek telah meminta mangsa, seorang warganegara Bangladesh menukarkan lagu yang dipasang di premis berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan dia tidak dapat berbuat demikian kerana lagu sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

“Suspek yang berang telah memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada mangsa sebelum bertindak menampar pipi sebelah kiri mangsa.

“Selepas kejadian, kawan suspek telah membuat bayaran di kaunter lalu beredar dari situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Khalid berkata, siasatan masih dijalankan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:

Kenderaan masuk KL bakal dikenakan caj sebaik MRT3 siap

Harga minyak sudah naik, ini 8 tips jimat minyak kenderaan sungguh berkesan

Akibat gangguan air, penduduk alami tekanan perasaan…ada yang menjerit seorang diri

CATEGORIES