[VIDEO] Pelajar sekolah memandu gementar tertekan pedal terus masuk dalam longkang

[VIDEO] Pelajar sekolah memandu gementar tertekan pedal terus masuk dalam longkang

[VIDEO] Pelajar sekolah memandu gementar tertekan pedal terus masuk dalam longkang.

Sebut sahaja kelas memandu, pasti anda mempunyai pengalaman tersendiri yang tidak boleh dilupakan sehingga sekarang seperti terlanggar divider, terlanggar tiang dan sebagainya, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @irfnhkim9 telah berkongsi sebuah video memaparkan keadaan kereta kemek apabila pelajar di sekolah memandu dipercayai gementar dan tertekan pedal sehingga masuk ke dalam longkang.

@irfnhkim9 Lain kali cikgu2 jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aihhh 🤣#foryoupage #eksidenn#latihanmemandu#alorsetar ♬ original sound – Irfan Hakim

Menurut pemilik video, kejadian berlaku apabila cikgu memandunya meninggalkan pelajar tersebut bersendirian kerana ingin pergi ke tandas sekejap lalu kemalangan itu berlaku.

Pelajar itu tersebut sedang berlatih untuk ujian zigzag dan mungkin disebabkan terlalu gemuruh, dia telah tertekan pedal sejauh 70 meter dan mengakibatkan kemalangan yang tidak disengajakan.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat pelajar tersebut yang buat hal ketika hari pertama belajar memandu.

[VIDEO] Pelajar sekolah memandu gementar tertekan pedal terus masuk dalam longkang

[VIDEO] Pelajar sekolah memandu gementar tertekan pedal terus masuk dalam longkang

[VIDEO] Pelajar sekolah memandu gementar tertekan pedal terus masuk dalam longkang

Bukan itu sahaja, para netizen berharap pelajar tersebut tidak berasa trauma dan akan berlatih serta mendapatkan lesen memandunya kelak. Malah, ada juga netizen berkongsi pengalaman mereka ketika belajar memandu satu ketika dahulu.

Baca Lagi:

Wanita menyamar jadi calon, duduki 150 ujian memandu untuk orang lain

Yuran belajar memandu akan naik harga

Merokok semasa memandu antara 12 kesalahan dikesan semasa penyamaran JPJ

CATEGORIES