[VIDEO] Murid tahun empat maut digilis treler, tangisan ibu undang rasa sebak

[VIDEO] Murid tahun empat maut digilis treler, tangisan ibu undang rasa sebak

[VIDEO] Murid tahun empat maut digilis treler, tangisan ibu undang rasa sebak.

Seorang murid perempuan Tahun Empat maut selepas motosikal diboncengnya terlanggar sebuah treler di Jalan Kampung Baru, Alma di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa berusia 10 tahun maut di tempat kejadian kerana parah selepas dilanggar treler tersebut.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 1.45 petang ketika mangsa sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibunya.

[VIDEO] Murid tahun empat maut digilis treler, tangisan ibu undang rasa sebak

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila ibu mangsa (penunggang motosikal) berusia 47 tahun gagal mengawal motosikal dan hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berada di laluan yang sama.

“Penunggang motosikal berjaya menyelamatkan diri namun mangsa yang terjatuh daripada motosikal digilis treler menyebabkannya maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

“Ibu mangsa yang mengalami luka ringan dirawat di unit kecemasan hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Dana bantuan Covid-19 tersilap masuk akaun, RM1.56 juta dihabiskan lelaki ini berjudi online

Rakyat Malaysia perlu bersedia, krisis makanan bukan main-main

CATEGORIES