Dana bantuan Covid-19 tersilap masuk akaun, RM1.56 juta dihabiskan lelaki ini berjudi online

Dana bantuan Covid-19 tersilap masuk akaun, RM1.56 juta dihabiskan lelaki ini berjudi online

Dana bantuan Covid-19 tersilap masuk akaun, RM1.56 juta dihabiskan lelaki ini berjudi online.

Seorang lelaki di Jepun mengaku membelanjakan wang berjumlah 46.3 juta yen (RM1.56 juta) untuk berjudi selepas tersilap menerima duit itu daripada dana bantuan Covid-19 pihak berkuasa di bandar tempat dia tinggal, lapor akhbar Japan Today.

Suspek berusia 24 tahun itu dilaporkan berkemungkinan tidak dapat memulangkan wang tersebut yang dipindahkan tanpa sengaja oleh pihak berkuasa bandar Abu di wilayah Yamaguchi.

Seorang lelaki di Jepun mengaku membelanjakan wang berjumlah 46.3 juta yen (RM1.56 juta) untuk berjudi selepas tersilap menerima duit itu daripada dana bantuan Covid-19 pihak berkuasa di bandar tempat dia tinggal, lapor akhbar Japan Today. Suspek berusia 24 tahun itu dilaporkan berkemungkinan tidak dapat memulangkan wang tersebut yang dipindahkan tanpa sengaja oleh pihak berkuasa bandar Abu di wilayah Yamaguchi. Peguam mewakili lelaki itu berkata, anak guamnya memindahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya dengan menggunakan telefon bimbit sebelum menggunakannya untuk berjudi secara online. Minggu lalu, pihak berkuasa bandar Abu menyaman suspek sebanyak 51 juta yen (RM1.73 juta) untuk dia memulangkan semula wang tersebut termasuk yuran guaman. Menurutnya, suspek enggan memulangkan wang itu dan mengaku telah memindahkannya daripada akaun miliknya. Dia sebaliknya akan bertaubat daripada dosa yang dilakukan. Dalam kejadian pada 6 April lalu, seorang pegawai tempatan melaksanakan prosedur untuk memindahkan wang bantuan Covid-19 berjumlah 100,000 yen (RM3,401) kepada 463 isi rumah berpendapatan rendah di bandar itu. Dia secara tidak sengaja telah memindahkan semua wang tersebut yang sepatutnya dibuat kepada sebuah institusi kewangan ke dalam akaun suspek. Nama suspek berada di kedudukan paling atas senarai pemindahan tersebut.

Peguam mewakili lelaki itu berkata, anak guamnya memindahkan wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya dengan menggunakan telefon bimbit sebelum menggunakannya untuk berjudi secara online.

Minggu lalu, pihak berkuasa bandar Abu menyaman suspek sebanyak 51 juta yen (RM1.73 juta) untuk dia memulangkan semula wang tersebut termasuk yuran guaman.

Menurutnya, suspek enggan memulangkan wang itu dan mengaku telah memindahkannya daripada akaun miliknya. Dia sebaliknya akan bertaubat daripada dosa yang dilakukan.

Dalam kejadian pada 6 April lalu, seorang pegawai tempatan melaksanakan prosedur untuk memindahkan wang bantuan Covid-19 berjumlah 100,000 yen (RM3,401) kepada 463 isi rumah berpendapatan rendah di bandar itu.

Dia secara tidak sengaja telah memindahkan semua wang tersebut yang sepatutnya dibuat kepada sebuah institusi kewangan ke dalam akaun suspek. Nama suspek berada di kedudukan paling atas senarai pemindahan tersebut.

Baca Lagi:

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Altantuya Shaariibuu buat laporan polis ‘sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, cari Razak Baginda’

CATEGORIES
TAGS