[VIDEO] Ibu maut, anak perempuan cedera parah Myvi buat pusingan U mengejut

[VIDEO] Ibu maut, anak perempuan cedera parah Myvi buat pusingan U mengejut

[VIDEO] Ibu maut, anak perempuan cedera parah Myvi buat pusingan U mengejut. Seorang wanita maut, manakala anak perempuannya parah apabila motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah kereta didakwa membuat pusingan U secara tiba-tiba di Kilometer 68 Jalan Alor Setar-Butterworth, dekat sini, semalam.

Rempuhan berkenaan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lagi kereta yang dipercayai tidak sempat mengelak, dalam nahas kira-kira jam 1.50 tengah hari membabitkan tiga kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata hasil siasatan mendapati terdahulu sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai, sedang dalam perjalanan dari arah sama dengan motosikal ditunggang dua beranak itu.

[VIDEO] Ibu maut, anak perempuan cedera parah Myvi buat pusingan U mengejut

“Hasil pemeriksaan mendapati Perodua Myvi dan motosikal berkenaan datang dari arah sebuah pasar raya menuju ke Tikam Batu, manakala sebuah lagi kereta terbabit pula dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan.

“Ketika itu, Perodua Myvi terbabit berada di laluan motosikal ditunggang mangsa tetapi setiba di tempat kejadian, kereta berkenaan dikatakan membuat pusingan U secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, motosikal berkenaan dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan Perodua Myvi.

“Akibatnya, penunggang dan pembonceng motosikal itu tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kereta yang dipercayai tidak sempat mengelak.

“Pembonceng motosikal berusia 52 tahun dan anaknya berumur 24 tahun yang bekerja sebagai operator kilang kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang akibat kecederaan parah di kepala, manakala anaknya yang patah paha kiri pula masih menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang disyaki membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Baca Lagi:
Kementerian Kesihatan dedah 130 penduduk tersalah terima vaksin Covid-19
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
Bantuan BKM tambahan RM500 untuk semua, semak sekarang
CATEGORIES