Ada pegawai kementerian sudah diarah supaya kosongkan bilik

Ada pegawai kementerian sudah diarah supaya kosongkan bilik

Ada pegawai kementerian sudah diarah supaya kosongkan bilik. Ada pegawai kementerian yang sudah menerima arahan supaya mengosongkan bilik, sekali gus memberi isyarat kemungkinan besar pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, arahan itu dikeluarkan petang semalam dan kesemua terlibat sudah mula mengosongkan bilik pagi ini.

“Arahan itu dikeluarkan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dengan meminta kami semua kemas barang dan kosongkan bilik,” katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Ada pegawai kementerian sudah diarah supaya kosongkan bilik

Bagaimanapun, beberapa pegawai kementerian lain yang turut dihubungi menjelaskan, mereka belum mendapat arahan sedemikian, malah program yang dijadual hari ini masih berjalan seperti biasa.

Sejak semalam, tersebar berita mengenai pembubaran Parlimen akan dibuat sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadual pada Jumaat ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama akan dibentang hari ini di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Baca Lagi:
[VIDEO] Ibu maut, anak perempuan cedera parah Myvi buat pusingan U mengejut
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
Bantuan BKM tambahan RM500 untuk semua, semak sekarang
CATEGORIES