Ugut sebar gambar lucah bekas kekasih, ikon permotoran terkenal ditahan polis. Seorang pemuda yang juga ikon permotoran ditahan polis kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, ketika mengesahkan tangkapan itu, berkata suspek ditahan untuk siasatan selepas selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.
Beliau berkata, suspek direman empat hari hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.