Kenapa orang Cina jarang ‘renovation’ rumah mereka?, ini sebabnya..

Kenapa orang Cina jarang 'renovation' rumah mereka?, ini sebabnya..

Kenapa orang Cina jarang ‘renovation’ rumah mereka?, ini sebabnya.. Kediaman yang indah dengan dekorasi menarik menjadi impian ramai. Kalau boleh segenap ruang ingin dihias hingga sanggup ‘mengikat perut’ semata-mata untuk menampung kos ubah suai rumah sebab nak nampak lagi mewah.

Bagaimanapun, bagi pengguna Facebook, Adam Kelvin berkongsi sebab kaum Cina jarang melakukannya.

“Hiasan rumah kami (kaum Cina) sangat minimum. Asalkan berfungsi dengan baik, itu sudah cukup. Jika mahu membuat renovasi kami tumpu kepada yang penting dan diperlukan sahaja sebagai contoh kabinet dapur dan menambah ruangan untuk mendobi.
“Dari segi perabot pula, tidak perlu terlalu banyak dilaburkan. Asalkan sofa berkualiti dan kemas, itu sudah memadai. Tidak perlu nampak mewah. Meja makan pun ringkas sahaja, tiada ada dekorasi bunga dan hiasan yang sarat. Paling mustahak fungsi meja makan itu sahaja,” jelasnya.

Kenapa orang Cina jarang 'renovation' rumah mereka?, ini sebabnya..

Menurut Adam lagi, pemilihan langsir kediaman juga sangat ringkas. Tidak ada langsir yang meriah beropol-ropol. Ciri langsir yang dipilih mesti mudah dibasuh dan senang untuk dijaga.

“Begitu juga dengan hiasan dalaman, ringkas dan minimum sahaja. Jika anda bertandang ke rumah kawan-kawan berbangsa Cina lihat dekorasi rumah mereka yang ringkas. Jarang sangat yang nampak mewah, perabot mewah pun jarang-jarang ada.

“Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Lampu pun sama, jarang pasang lampu candelier yang besar. Jarang ada sebarang ukiran di bahagian siling rumah, ia selalunya kosong sahaja,” katanya.

Kenapa orang Cina jarang 'renovation' rumah mereka?, ini sebabnya..

Beliau berasa hairan mendapati rakan-rakan isterinya sudah membeli rumah tetapi masih belum pindah ke rumah tersebut dengan alasan ingin mengumpul wang untuk ubah suai rumah supaya nampak mewah.

“Bagi saya tindakan ini sangat merugikan. Perlu bayar sewa di luar dan pada masa sama bayar duit ansuran rumah baharu yang tidak diduduki. Selalunya kami orang Cina tidak akan renovation rumah sekali gus, buat sedikit demi sedikit.

“Untuk permulaan, renovasi yang asas terlebih dahulu seperti kabinet dapur atau sambung sedikit di bahagian dapur. Masyarakat kami sayang untuk menghabiskan duit semata-mata untuk mengubah suai rumah. Tidak perlu nampak kaya di hadapan mata orang lain,” jelasnya.

Menurut lelaki ini, kebanyakan wang kaum Cina salurkan kepada untuk tiga perkara penting iaitu pendidikan, melancong dan makanan. Katanya, mereka cukup suka menjamu selera dan banyak menghabiskan duit untuk menikmati makanan yang sedap serta berkualiti.

“Isteri saya dahulu makan sahaja semua jenis makanan. Apabila kami sudah berkahwin, saya ajar isteri menikmati makanan yang sedap. Sebelum ini isteri hanya makan tepi jalan sahaja, asalkan kenyang, langsung tidak kisah sedap atau tidak makanan yang dimakan.

“Prinsip orang Cina lain. Mahal sikit tidak mengapa asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyak habiskan duit untuk makanan,” ujarnya.

Tambah Adam lagi, masyarakat Cina suka melancong untuk menambah pengalaman hidup. Jika membuat pengubahsuaian rumah, wang akan dihabiskan begitu sahaja demi kepuasan hanya sementara. Malah setiap daripada kita tidak tinggal di rumah sepanjang masa.

“Kami lebih suka ‘membeli pengalaman’ (melancong) berbanding membeli barang-barang.

“Hidup ini bukan soal hendak puaskan hati orang tetapi untuk memperkayakan diri dengan pengalaman. Apabila kita sudah tua tidaklah nanti menjadi orang yang membosankan. Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil,” katanya.

Menurut Adam, kebanyakan masyarakat Cina dididik mengutamakan penghargaan untuk diri sendiri.

“Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup ringkas dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau sebagai satu penghargaan untuk diri sendiri selepas berkorban selama ini,” akhiri Adam Kelvin.

Walau bagaimanapun, ini merupakan pendapat peribadi Adam. Setiap orang mungkin ada sebab tertentu masing-masing. Apa yang penting juga, ukur baju di badan sendiri.

Baca Lagi:
Dah cuba bermacam-macam cara, ini tatacara sebenar uruskan jenazah transgender
Tun M pamer kereta elektrik Polester 2, mampu bergerak sejauh 400km dengan hanya sekali cas penuh
“Ada sesiapa kenal?” Shuib mahu jumpa ‘abang askar’ yang wajah seiras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *