Isteri gila judi online, sanggup jual diri kepada tuan rumah

Isteri gila judi online, sanggup jual diri kepada tuan rumah

Isteri gila judi online, sanggup jual diri kepada tuan rumah. Seorang lelaki India baru-baru ini memfailkan petisyen aneh untuk meminta bantuan kepada polis di Pratapgarh di Uttar Pradesh, mendakwa isterinya mengalami masalah ketagihan berjudi hingga sanggup menjual dirinya kepada tuan rumah mereka.

Pegawai polis, Subodh Gautam berkata, pasangan itu tinggal di sebuah rumah sewa namun isterinya dilaporkan ketagih dengan permainan dalam talian bernama Ludo dan sering bermain dengan tuan rumahnya semasa suaminya pergi bekerja.

Menurut Gautam, lelaki itu mendakwa dia sering memberikan wang kepada isterinya tetapi wanita itu tidak menyimpannya atau membeli barangan keperluan untuk keluarga, sebaliknya menggunakannya untuk berjudi dalam talian dengan tuan rumah mereka.

Isteri gila judi online, sanggup jual diri kepada tuan rumah
Gambar hiasan

Selepas kehilangan semua wang pertaruhan, lelaki itu mendakwa isterinya yang dikenali sebagai Renu, sangat terdesak sehingga sanggup mempertaruhkan dirinya sendiri dalam talian.

Selepas kalah dalam permainan itu, Renu berpindah untuk tinggal bersama tuan rumahnya mengikut perjanjian yang dibuat mereka sehingga sanggup meninggalkan dua anaknya.

Lelaki itu membuat aduan kepada polis tempatan kerana terpaksa meninggalkan pekerjaannya di Jaipur untuk pulang ke rumah dan menjaga dua anak mereka.

Jelas Gautam, lelaki itu meminta bantuan polis selepas isterinya enggan pulang ke pangkuan keluarga kerana menghormati pertaruhan yang telah dibuat bersama tuan rumahnya itu.

Baca Lagi:
Lelaki mengabdikan dirinya menggali ruangan bawah tanah sehingga ke akhir hayat, hasilnya cukup menakjubkan
Rosmah jumpa TPM, mengadu tidak puas hati
Pengerusi FINAS, Datuk Seri Zurainah Musa ditamatkan perkhidmatan serta merta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *