Geng Cina beli 50 buah rumah mewah secara ‘cash’

Geng Cina beli 50 buah rumah mewah secara ‘cash’

Geng Cina beli 50 buah rumah mewah secara ‘cash’. Usahawan China yang juga suspek aktiviti pengedaran dadah, Tuhao dan ahli kumpulannya didakwa membeli 50 kediaman mewah di sebuah perkampungan di Bangkok, Thailand.

Polis yang mengesahkan perkara itu berkata, mereka membeli hartanah terbabit dengan wang tunai, lapor portal Thaiger.

Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok Selatan mengeluarkan waran tangkap untuk menggeledah seluruh kampung di Soi Laselle selepas menemui bukti bahawa Tuhao terbabit menjual dadah di kawasan itu.

Terdapat 66 hartanah mewah di kampung itu bernilai antara 35 juta (RM4.43 juta) hingga 60 juta baht (RM7.59 juta) setiap satu.

Geng Cina beli 50 buah rumah mewah secara 'cash'

Berdasarkan rekod, lebih 50 rumah dibeli oleh pembeli China melalui ejen Thailand, dengan wang tunai, sejak 2020.

Baki 16 rumah lagi dimiliki oleh warga Thailand yang menjual hartanah mereka dan meninggalkan kampung itu kerana mereka tidak tahan dengan pesta yang berterusan dan bising.

Seorang penduduk mengadu mengenai sebuah van yang mengelilingi kampung sepanjang malam dan membawa wanita cantik untuk melayan gangster.

Rangkaian kegiatan jenayah Tuhao semakin terbongkar selepas seorang lelaki China yang berkerakyatan Thailand, Chaiyanat Tuhao Kornchayanat menyerah diri kepada polis, minggu lalu.

Tuhao menyerah diri selepas mahkamah mengeluarkan waran untuk menahannya kerana disyaki bersubahat melakukan kesalahan mengedar dadah dan memiliki dan menjual bahan psikotropik.

Tuhao menafikan dakwaan dia terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

Isteri Tuhao, yang juga pegawai polis bahagian hal ehwal luar negara berkata, dia tidak tahu apa-apa tentang dakwaan mengedar dadah suaminya.

Terdahulu, polis merampas aset sebanyak 400 juta baht (RM50.58 juta) daripada Tuhao dan kumpulannya termasuk tiga rumah mewah, sebuah megapuri (penthouse) dan 10 kereta mewah.

Tuhao menjadi tumpuan apabila dia didapati mempunyai kaitan dengan pub haram Jinling yang diserbu polis di Bangkok, bulan lalu.

Penangkapan penjenayah China di Thailand yang dipertingkatkan mungkin ada kaitan dengan gesaan bekas ahli politik dan hartawan rumah urut, Chuwit Kamolvisit.

Chuwit memohon supaya Kementerian Kehakiman menyiasat kumpulan China yang melakukan pengubahan wang haram melalui ‘perniagaan gelap’ di negara itu.

Baca Lagi:
Ugut sebar gambar lucah bekas kekasih, ikon permotoran terkenal ditahan polis
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
Isteri gila judi online, sanggup jual diri kepada tuan rumah
CATEGORIES