Tular video lelaki cari calon isteri untuk habiskan wang simpanan, ramai wanita tawarkan diri

Tular video lelaki cari calon isteri untuk habiskan wang simpanan, ramai wanita tawarkan diri

Tular video lelaki cari calon isteri untuk habiskan wang simpanan, ramai wanita tawarkan diri.

Seorang lelaki yang menetap di Pulau Bali, Indonesia menjadi perhatian apabila dia mendedahkan sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan semua wang miliknya, lapor portal berita Coconut, semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, Ken Alcindior yang merupakan pembuat kandungan digital berpangkalan di pulau peranginan itu mengaku sedang mencari jodoh.

“Perhatian, nama saya Ken dan saya tinggal di Indonesia sejak lima tahun lepas.

“Saya kini sedang mencari calon isteri untuk menghabiskan wang simpanan saya,” ujar Alcindior dalam bahasa Indonesia.

Video Tiktok itu telah menerima 370,300 tanda suka dan 37,400 komen dengan sekurang-kurangnya 10,600 orang telah berkongsi video tersebut.

Alcindior turut membalas beberapa komen yang bertanya berapa banyak wang yang dimilikinya dengan jawapan ‘sangat banyak’ sambil meninggalkan emoji mengenyit mata.

Video yang turut dikongsi di laman Instagram lelaki itu turut mendapat perhatian dengan ramai wanita dengan terbuka menawarkan diri untuk bergelar isterinya.

@kenalcindior Tolong Aku Cari Istri #balilife #bule #funny #fyp #beach #smile ♬ son original – kenalcindior

Baca Lagi:

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Tular video pemandu Axia tetap kental walaupun ‘dicucuk’ kenderaan lain dari arah belakang

Dana bantuan Covid-19 tersilap masuk akaun, RM1.56 juta dihabiskan lelaki ini berjudi online

CATEGORIES