Tular video pemandu Axia tetap kental walaupun ‘dicucuk’ kenderaan lain dari arah belakang

Tular video pemandu Axia tetap kental walaupun ‘dicucuk’ kenderaan lain dari arah belakang

Tular video pemandu Axia tetap kental walaupun ‘dicucuk’ kenderaan lain dari arah belakang

Tindakan seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia memandu secara perlahan di lorong kanan di sebuah lebuh raya telah menimbulkan kemarahan pengguna lain.

Menerusi video yang dimuat naik Uncle Heng di media sosial, pemandu tersebut dilihat tidak beralih dari lorong kanan berkenaan walaupun telah ‘dicucuk’ oleh kenderaan lain dari arah belakang.

Dalam rakaman yang dikongsikan, pelbagai cara telah dilakukan oleh pemandu kenderaan lain seperti membunyikan hon beberapa kali agar pemandu Axia berkenaan menyedarinya.

Namun, pemandu terbabit tetap berdegil dan masih kekal berada di lorong kanan lebuh raya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

“Cikgu kelas memandu awak pasti bangga adik, pelekat P itu bukan profesional tau.

“Pemandu kental tetap berada di lorong kanan sepanjang lebuh raya walaupun kenderaan lain dah mencucuk dari belakang, tak gentar,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai berhubung insiden tersebut.

“Orang yang macam ini lah punca kesesakan di lebuh raya, pandu 80 kilometer per jam tapi duduk paling kanan, susah sangat nak tukar lorong bagi laluan pada kenderaan lain,” ujar Malik Faiz.

“Mungkin pemandu takut nak tukar lorong masa itu, tak yakin bakat memandu sedia ada, atau kali pertama memandu di lebuh raya,” ciap Oyen Comel.

“Ini memang pemandu kental, layan selagi boleh,” seloroh Kamarul Zaki.

@ayzackja94 Biarpun Honda civic type R, vellfire, mustang mencucuk. Axia Kekal di lane Kanan dengan kelajuan 100km/hour. 😂. Pagoh-Machap. #driverkental ♬ Police – David Angelux & DiexD & David Angelux & DiexD

@ayzackja94

Driver mungkin tengah putus cinta kot.

♬ Ini Jalan Kami – B-QUEXX

@ayzackja94 Reply to @namiswun ♬ original sound – Uncle Heng

CATEGORIES