Tular video lelaki berbaju melayu pijak ‘rosakkan’ kolam Deepavali undang kecaman netizen

Tular video lelaki berbaju melayu pijak ‘rosakkan’ kolam Deepavali undang kecaman netizen

Tular video lelaki berbaju melayu pijak ‘rosakkan’ kolam Deepavali undang kecaman netizen. Tindakan seorang lelaki merosakkan hiasan lantai tradisional sempena perayaan Deepavali ataupun dipanggil kolam, menggunakan kaki dikecam orang ramai.

Rakaman berdurasi 37 saat yang memaparkan lelaki tersebut lengkap memakai baju Melayu bertindak menyelerakkan beras berwarna-warni yang digunakan untuk perhiasan itu turut tular di media sosial.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila dan di mana video tersebut dirakam.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut kerana dianggap tidak menghormati adat agama lain.

Tular video lelaki berbaju melayu pijak ‘rosakkan’ kolam Deepavali undang kecaman netizen

Rata-rata netizen berpendapat, meskipun kolam itu mahu ‘dilupuskan’ berikutan sambutan Deepavali sudah berlalu, ia sepatutnya dibuat dengan cara berhemah atau lebih sopan.

“Mungkin selepas Deepavali sudah tamat, mereka mahu buang kolam itu. Tapi, jika mahu buang sekalipun, buang dengan cara elok bukan main-main begitu,” kata Hammy.

“Boleh pakai penyapu kan. Ini memang saja nak ‘provoke’. Biar dia ‘terciduk’ sekali dengan netizen. Baru dia reti berfikir sebelum nak buat benda begini,” kata Izza.

“Saja nak burukkan nama Melayu ke, dengan berpakaian lengkap baju Melayu macam itu,” kata Indera.

“Fahamlah nak bersihkan sebab Deepavali dah habis, tapi kenapa perlu guna kaki? Boleh je sapu pakai penyapu. Ini siap rakam gelak-gelak,” kata Wan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 230,000 kali.

Baca Lagi:
5,000 penduduk di Lipis berubah taraf hidup selepas jumpa lubuk emas
Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah buat kejutan, muncul juara Terbuka Perancis tumbang bekas juara dunia
3 sebab utama peti sejuk perlu diletakkan sedikit jauh daripada dinding
CATEGORIES