3 sebab utama peti sejuk perlu diletakkan sedikit jauh daripada dinding

3 sebab utama peti sejuk perlu diletakkan sedikit jauh daripada dinding

3 sebab utama peti sejuk perlu diletakkan sedikit jauh daripada dinding. Kebanyakkan daripada kita cenderung meletakkan peti sejuk agak rapat dengan dinding. Bagi pandangan mata, ianya terlihat lebih kemas dan cantik. Tetapi tahukah anda, ada beberapa sebab untuk kita tidak digalakkan meletakkan peti sejuk terlalu rapat dengan bahagian dinding ?. Sebaliknya, kita digalakkan untuk meletakkannya lebih kurang 10 inci jauh daripada dinding.

Jangan terlalu rapat ke dinding

Peti sejuk perlu bekerja keras bagi memastikan keadaan di dalamnya sentiasa sejuk. Ketika proses ini berlaku, haba juga akan terbebas melalui gril di bahagian belakang. Oleh itu, tidaklah digalakkan untuk meletakkan peti sejuk rapat ke dinding. Jika dilakukan, haba tidak dapat dibebaskan dengan baik dan peti sejuk anda perlu bekerja lebih keras bagi memastikannya lebih sejuk. Ini akan mengakibatkan penggunaan elektrik yang lebih banyak.

3 sebab utama peti sejuk perlu diletakkan sedikit jauh daripada dinding

Punca Haba

Selain daripada menjauhkan peti sejuk anda daripada dinding, adalah juga bijak untuk tidak meletakkan peti sejuk anda berdekatan dengan pemanas atau sumber haba yang lain. Ini bagi mengelakkan berlakunya perbezaan suhu yang sangat besar dan menyebabkan lebih banyak pemeluwapan dalam peti sejuk. Peti sejuk anda kemudian akan menjadi basah di bahagian dalam dan juga ais akan terbentuk. Anda pasti tidak mahu hal itu berlaku bukan!.

Lubang Saliran

Adakah peti sejuk anda berdekatan dengan sumber haba dan selalu menjumpai lopak air di dalam peti sejuk?. Jangan risau, ini bukan disebabkan oleh punca haba tetapi ianya terjadi akibat lubang saliran yang tersumbat. Apabila lubang saliran ini tersumbat, air akan bertakung di bahagian bawah. Oleh itu, sentiasa periksa dengan teliti lubang saliran. Cara yang terbaik untuk memeriksa adalah balutkan lidi kayu dengan Aluminium foil dan masukkannya kedalam lubang saliran. Anda kemudian akan melihat sendiri sama ada lubang itu tersumbat atau tidak

Baca Lagi:
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Bapa kejam pukul anak dengan penyangkut baju sehingga lengan anak terpaksa di potong
‘Karma’ wanita ini mahu dedah sisi gelap Caprice
CATEGORIES