Tular video ‘abang kawasan’ marah peniaga wanita, sekali ini yang terjadi..

Tular video ‘abang kawasan’ marah peniaga wanita, sekali ini yang terjadi..

Tular video ‘abang kawasan’ marah peniaga wanita, sekali ini yang terjadi…

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang peniaga yang telah dimarahi oleh lelaki dipercayai ‘abang kawasan’ di tempat itu. Lebih teruk lagi, individu berkenaan dilihat beberapa kali mengugut wanita tersebut jika masih berdegil ingin menjaja di situ.

@bukan_manusia9669 kasi viral#BP #bp_tiktok ♬ bunyi asal – HamsterNAKAL

Saman pun tak mampu bayar…ada hati nak jadi abang long kawasan

Bagaimanapun, hari ini tular lagi sebuah video memaparkan pelaku tersebut sudah pun dibawa ke balai polis. Menerusi perkongsian barry4671 di laman TikTok, lelaki berkenaan difahamkan berasal dari Kelantan dan kini menetap di Parit Raja. Malah, ‘abang kawasan’ itu juga dikatakan mempunyai 21 rekod saman berjumlah RM4,900 yang masih belum dibayar.

@barry4671 Reply to @bukan_manusia9669 ♬ Happy Laughing – Sound Effect

@barry4671 Reply to @sipengiringjenazah ♬ Tokyo Drift (Refix) – Rosh Blazze

Pengadu berhasrat luaskan jajaanya ke Parit Raja…tapi dimarahi oleh suspek dengan kasar

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, pengadu yang juga merupakan seorang wanita bersama anaknya ketika itu sedang menjual buah potong. Menerusi portal Kosmo, dia sebelum ini telah berniaga di Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu sebelum berhasrat meluaskan jualannya hingga ke Parit Raja. Bagaimanapun, ibu itu secara tiba-tiba ditahan oleh suspek dan dimarahi kerana mengganggu kawasan perniagaanya.

kisahdunia.com 47981bffeb4e1e7dcbebadf11361c9f5.png

Pengadu tampil buat laporan…rupanya berebut kawasan berniaga

Susulan kejadian itu, wanita berusia 40 tahun tersebut telah membuat laporan di Balai Polis berdekatan. Bagaimanapun, ‘abang kawasan’ berkenaan telahpun berjaya ditahan dan mendapati dia juga merupakan seorang peniaga buah potong. Malah, alasan suspek memarahi ibu itu kerana risau akan perniagaanya yang mampu terjejas.

kisahdunia.com 77999d6fd4f060168478fc519e999f56.png

Baca Lagi:

Peniaga akan didenda RM1 juta jika jual minyak paket subsidi lebih dari harga RM2.50

Dua pengasas produk terkenal ditahan bergaduh dengan seorang peniaga

Peniaga durian jadi scammer, tipu pelanggan dengan plakad mengelirukan

CATEGORIES