Tular gambar hidangan di Majlis santapan Diraja Putera Mateen & Dayang Anisha, rupanya ini makanan kerabat diraja makan. Selepas tular senarai menu di Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah, hari ini tular pula gambar-gambar hidangan berkenaan.
Menerusi perkongsian @arfdy12 di aplikasi X, beberapa gambar hidangan dikongsikan antaranya salad ketam Alaska dengan kaviar Iran, udang kara dengan salad betik muda, sorbet mangga bersama sarang burung walit, dan daging wagyu percik dengan trufel.
Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai reaksi orang ramai yang mengikuti istiadat perkahwinan diraja berkenaan, sejak hari pertama ia berlangsung.
“Kalau aku, pencuci mulut ni kecuali aiskrim, aku tapau bawak balik ja. Tak larat nak habiskan seorang. Aku jenis makan kena bagi habis, tak baik membazir,” kata @FaHussMo.
Gambar-gambar menu di Majlis Persantapan Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam :
1. Salad Ketam Alaska dgn Iranian Kaviar
2. Bekara (lobster) dgn salad betik muda
3. Sorbet mangga bersama sarang burung walit
4. Daging wahyu… https://t.co/W59QKsdUX0 pic.twitter.com/fbUKlTI5Km
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) January 16, 2024
“Cantik!,” puji @WhitoutKey_.
“Sepatutnya kena ada oren masam dengan air kordial, baru kenduri kahwin,” komen TSharipp.
Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.
Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.