Rupanya ini sebab kenapa Putera Mateen sebut ‘Ringgit’ bukan ‘Dollar’ semasa lafaz akad nikah

Rupanya ini sebab kenapa Putera Mateen sebut ‘Ringgit’ bukan ‘Dollar’ semasa lafaz akad nikah

Rupanya ini sebab kenapa Putera Mateen sebut ‘Ringgit’ bukan ‘Dollar’ semasa lafaz akad nikah.

Putera dari Brunei Darussalam yang terkenal dengan ketampanan serta personalitinya, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah selamat diijabkabul bersama pasangannya, Dayang Anisha Rosnah dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, semalam.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, yang turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

Rupanya ini sebab kenapa Putera Mateen sebut 'Ringgit' bukan 'Dollar' semasa lafaz akad nikah12

Dalam pada itu, video sedutan semasa Putera Mateen melafazkan akad nikah turut dikongsikan dalam media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Putera Mateen yang mengenakan busana serba putih melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai apabila anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah ini menyebut ‘ringgit’ ketika lafaz nikah.

Ini disebabkan ramai yang menyangka negara Brunei menggunakan istilah dollar dalam mata wang mereka.

Berikutan itu, rakyat Brunei tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Kata seorang individu ini, Brunei menggunakan kedua-dua istilah iaitu ‘ringgit’ dalam bahasa Melayu manakala ‘dollar’ dalam bahasa Inggeris.

“Kami di Brunei guna ringgit dalam bahasa Melayu, dollar dalam bahasa Inggeris. Tapi kita selalu guna (sebut) satu ringgit sebab utamakan dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggeris baru kita guna ‘one dollar’ sebagai bahasa kedua,” katanya.

Rupanya ini sebab kenapa Putera Mateen sebut 'Ringgit' bukan 'Dollar' semasa lafaz akad nikah Rupanya ini sebab kenapa Putera Mateen sebut 'Ringgit' bukan 'Dollar' semasa lafaz akad nikah

Untuk pengetahuan korang, walaupun Brunei menggunakan ringgit, tapi nilai mata wang mereka sama dengan mata wang Singapura.

Baca Juga:
7 filem seram Indonesia yang diharam tayang di pawagam Malaysia
Dulu duduk sebelah, kini wanita ini kahwin dengan abang ipar sendiri
Bukan calang-calang orang, ini latar belakang keluarga kekasih Putera Mateen, Anisha Isa-Kalebic
CATEGORIES