Ini fungsi sebenar butang ‘soak’ di mesin basuh yang ramai belum tahu

Ini fungsi sebenar butang ‘soak’ di mesin basuh yang ramai belum tahu

Ini fungsi sebenar butang ‘soak’ di mesin basuh yang ramai belum tahu. Boleh dikatakan hari-hari mak-mak basuh kain guna mesin basuh automatik. Tapi tak ramai mak-mak yang tahu hampir kesemua fungsi butang yang ada pada mesin basuh kita kan. Tip yang dikongsikan ini sangat bermanfaat untuk mak-mak

Inilah Fungsi Soak/Tub Cleaning Yang Ada Kat Mesin Basuh

Pernah tak mak-mak membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mak-mak jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

Ini fungsi sebenar butang 'soak' di mesin basuh yang ramai belum tahu

Cara Nak Basuh Mesin Basuh

-Tekan ON

-Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.

-Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

-Sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya as1d so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

-Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mak-mak letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh.

Basuh Mesin Setiap 2 Bulan Sebab

Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop.

Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu.. rugi rasanya.

Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehehe..

Baca Lagi:
Wanita ini dapat pampasan RM18,406 selepas dipecat majikan, ini cara dia buat
“Hutang rumah sampai kiamat”,-Perbezaan besar rumah sendiri dan rumah yang dimiliki bank
Rupanya ini yang terjadi di rumah Zul Yahya
CATEGORIES